Jho Low kalah RM7.34 juta 90 minit main judi guna wang 1MDB

March 18, 2022 · Dunia

Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Jho Low adalah ‘orang besar’ di Las Vegas. Dia mengembara bersama rombongan dan kalah puluhan juta dolar di meja judi, menurut keterangan kepada mahkamah Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (17 Mac).

Low adalah pemain yang membuat pertaruhan sangat tinggi sehingga dia kalah AS$1.75 juta (kira-kira RM7.34 juta) dalam satu permainan judi bakarat selama 90 minit, permainan kegemarannya, beritahu seorang eksekutif pemasaran dengan Venetian di Las Vegas kepada juri di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York, AS.

Kirk Godby menganggarkan Jho Low bertaruh hampir AS$87 juta dan kalah kira-kira AS$26 juta.

“Dia sangat boros,” kata Godby dipetik daripada laporan Bloomberg.

Godby memberi keterangan sebagai saksi kerajaan AS dalam perbicaraan bekas eksekutif Goldman Sachs Roger Ng di AS berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan melanggar undang-undang antirasuah, melibatkan berbilion-bilion dolar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ng dituduh bersubahat dengan Jho Low dan seorang lagi bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner untuk menyeleweng berbilion-bilion dolar daripada tiga urus niaga bon yang ditaja jamin Goldman untuk 1MDB.

Ng turut berjudi dengan Jho Low semasa lawatan tunggal ahli perniagaan dalam buruan itu ke Venetian pada akhir November 2010, kata Godby.

Dia (Ng) dilaporkan kalah AS$22,500 bermain bakarat semasa kunjungannya sebelum perjanjian bon 1MDB pertama pada Mei 2012.

Jho Low turut bermain satu meja dengan Ng pada jam 5 pagi 29 November dan mempertaruhkan AS$4 juta, kata Godby.

Pendakwa raya memanggil Godby untuk menyangkal dakwaan Ng pada Oktober 2009 kepada pihak atasan Goldman bahawa dia pernah bertemu Jho Low hanya sekali sebelum ini.

Venetian bukanlah satu-satunya kasino di Las Vegas di mana Jho Low sering dikunjungi.

Untuk meraikan hari lahirnya yang ke-28, Jho Low mengadakan parti di Caesars Palace, dengan aktor terkenal Leonardo DiCaprio diterbangkan dengan jet peribadi dan menerima AS$150,000 untuk menghadiri parti dan makan malam, juri diberitahu sebelum perbicaraan.

Perbicaraan bersambung Isnin dengan pendakwa berkata mereka menjangkakan untuk menyelesaikan kes seawal 23 Mac. Hakim Daerah AS, Margo Brodie memberitahu juri mereka boleh menyelesaikan kes itu seawal 29 Mac. – Bloomberg

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok