Jet penumpang terpantas di dunia capai supersonik ketika ujian

May 25, 2022 · Dunia

Perlumbaan untuk menyambung semula jet penumpang supersonik -hampir dua dekad selepas persaraan Concorde – mencetuskan keterujaan pada Isnin, (23 Mei) apabila pengeluar pesawat Bombardier mendedahkan pencapaian berkelajuan tinggi ketika mengesahkan pelancaran jet perniagaan baharunya.

Syarikat Kanada itu berkata, Global 8000 yang dalam pembangunan akan menjadi ‘jet perniagaan terpantas dan jarak terjauh yang dibina khas di dunia’.

Dengan kapasiti sehingga 19 penumpang, jarak 8,000 batu nautika (14,800 kilometer) dan kelajuan tertinggi Mach 0.94, pesawat akan datang itu dijangka memasuki perkhidmatan pada 2025, menurut kenyataan Bombardier.

Berita itu menyusul selepas ujian Global 7500 memecahkan halangan bunyi ketika penerbangan demonstrasi sebelum ini mencapai kelajuan lebih daripada Mach 1.015.

Pesawat itu, diiringi pesawat NASA F/A-18, juga menjadi kapal terbang Kategori Pengangkutan pertama yang terbang secara supersonik dengan bahan api penerbangan mampan (SAF) hasil daripada penerbangan itu, kata Bombardier.

“Pesawat Global 8000 memanfaatkan ciri-ciri cemerlang pesawat Global 7500, memberikan pelanggan kami pesawat perdana era baharu,” kata Éric Martel, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bombardier, dalam satu kenyataan.

Ujian penerbangan untuk Global 8000 telah pun bermula pada Global 7500. Bombardier berkata pesawat akan datang juga akan mempunyai ketinggian kabin bersamaan dengan 2,900 kaki.

Global 8000 hanyalah satu daripada banyak perkembangan dalam pelbagai usaha untuk meningkatkan kelajuan pesawat penumpang lebih daripada dua dekad selepas Concorde bersara.

Tahun lepas, United Airlines mengumumkan ia boleh menawarkan kelajuan supersonik seawal 2029 selepas menandatangani perjanjian untuk membeli 15 jet supersonik.

Sementara itu, Boom Supersonic yang berpangkalan di Colorado Amerika Syarikat telah melengkapkan ujian darat ke atas X-B1, pesawat prototaip untuk jet Overture, direka untuk memuatkan antara 65 dan 88 penumpang, yang bertujuan terbang di lebih 500 laluan rentas lautan dengan kelajuan Mach-2.2.

Malangnya, syarikat permulaan penerbangan Aerion yang berpangkalan di Florida runtuh beberapa bulan selepas mendedahkan rancangan untuk pesawat komersial Mach 4+ bernama Aerion AS3 tahun lepas. – Agensi

Paparan dalaman pesawat Global 8000, yang kini sedang dibangunkan oleh pengeluar jet perniagaan Bombardier. – Gambar Bombardier Aviation

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Notis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPR
August 21, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok