Jerman rekod kematian tertinggi sejak Februari, 67,186 kes baharu

Jerman hari ini melaporkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 dalam tempoh sejak pertengahan Februari, ketika hospital memberi amaran bahawa negara itu boleh menempatkan 6,000 pesakit menjelang Krismas, melebihi kemuncak musim sejuk lalu.

Insititu Robert Koch – agensi kawalan penyakit berjangkit Jerman – melaporkan 67,186 kes baharu dikesan hari ini dan 446 kematian, jumlah harian tertinggi sejak 18 Februari lalu, menjadikan kumulatif kematian sebanyak 101,790 kes.

Kerajaan Persekutuan dan wilayah semalam, bersetuju untuk mengambil tindakan bagi menangani gelombang keempat Covid-19, termasuk meningkatkan kempen vaksinasi dan menyekat hubungan, terutama bagi individu yang tidak divaksinasi.

Setelah dikritik oleh saintis kerana lewat bertindak, pemimpin kerajaan bersetuju untuk mengambil keputusan tegas pada hari Khamis mengenai peraturan mewajibkan pelanggan menunjukkan bukti vaksinasi atau telah pulih daripada jangkitan sebelum masuk ke premis perniagaan, selain mengehadkan jumlah individu dalam sesuatu acara.

Profesor Gernot Marx, presiden persatuan Divi untuk perubatan rawatan rapi, memberi amaran bahawa hospital negara itu masih boleh menampung 6,000 pesakit Krismas tanpa mengira apa langkah yang kini diputuskan oleh ahli politik.

Jumlah itu, berbanding dengan 5,745 pesakit Covid-19 yang menerima rawatan rapi sebelum ini iaitu pada 3 Januari lalu. Jerman juga kini berdepan kekurangan kakitangan, terutama jururawat.

“Keadaan benar-benar menjadi semakin mendesak,” Prof Marx memberitahu televisyen ZDF, sambil menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan langkah penutupan sementara atau ‘lockdown’.

“Kita perlu menyelamatkan sistem perkhidmatan dan penjagaan kesihata daripada runtuh.”

Jerman juga mengesahkan sehingga kini, empat individu diuji positif untuk varian Omicron walaupun mereka telah diberi vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19.

Kenyataan pejabat kesihatan awam di negeri Baden-Wuerttemberg berkata tiga daripada orang yang dijangkiti itu pulang dari menguruskan perniagaan di Afrika Selatan masing-masing pada 26 dan 27 November lalu, dan individu keempat adalah ahli keluarga salah seorang yang pulang.

Keempat-empat mereka menunjukkan simptom sederhana. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR