
Jerman memansuhkan kuarantin wajib bagi semua individu yang positif Covid-19 mulai 1 Mei 2022, kecuali bagi kakitangan perubatan. - Gambar agensi
Jerman tidak akan lagi mengenakan kuarantin wajib ke atas individu yang dijangkiti Covid-19 mulai 1 Mei, kata Menteri Kesihatan Karl Lauterbach pada Isnin (4 April).
Pengasingan bagaimanapun sangat disyorkan, tetapi dibuat secara sukarela, kata Lauterbach.
“Peraturan semasa kuarantin masih diwajibkan tetapi (ia) tidak perlu dalam jangka panjang,” katanya.
Bagaimanapun, Lauterbach berkata satu-satunya kumpulan pekerja yang masih wajib menjalani kuarantin lima hari sekiranya sekiranya positif Covid-19 ialah kakitangan perubatan.
Bilangan jangkitan di Jerman kekal tinggi, tetapi dengan kebanyakan kes dilaporkan adalah dalam kategori ringan, hospital masih belum dibebani dengan kes-kes harian.
Akibatnya, ekonomi terbesar Eropah itu telah melonggarkan sekatan Covid-19, membatalkan keperluan untuk memakai pelitup muka di kedai atau sekolah.
Kerajaan Canselor Olaf Scholz juga tidak lagi mewajibkan penduduknya mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Memandangkan cadangan untuk memperkenalkan suntikan mandatori bagi individu berumur lebih 18 tahun tidak mungkin mendapat sokongan majoriti di Parlimen, kerajaan juga membatalkan peraturan mewajibkan vaksinasi wajib bagi individu berusia 50 tahun dan ke atas. – Agensi