Jepun sambung darurat Covid-19 di Tokyo, sukan Olimpik akan diteruskan

May 8, 2021 · Dunia

Jepun menyambung perintah darurat di Tokyo dan tiga wilayah lain sehingga akhir Mei bagi menyekat penularan Covid-19 yang masih belum reda, bagaimanapun Perdana Menteri Yoshihide Suga memberitahu tetap akan meneruskan penganjuran sukan Olimpik Tokyo musim panas ini.

Suga berkata langkah sementara darurat singkat itu akan dapat mengekang gelombang keempat Covid-19 yang semakin merebak pantas, namun kes baru di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka masih berada pada tahap tinggi dan membimbangkan.

Langkah menyambung perintah tersebut sehingga 31 Mei dijangka akan memberi kesan terhadap persediaan penganjuran yang akan berlangsung pada 23 Julai ini selepas ditangguhkan tahun lalu ekoran penularan virus membunuh itu.

Menjawab pertanyaan semasa sidang media berhubung kegelisahan masyarakat yang berterusan akan penganjuran acara sukan itu, Suga memberi jaminan Jepun dapat menjadi tuan rumah “Olimpik yang aman dan selamat” dan akan mengikuti langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang ketat.

Hari ini, lebih daripada 230,000 orang menandatangani petisyen dalam talian Jepun yang meminta agar penganjuran sukan Olimpik itu dibatalkan.

“Kami melakukan sedaya upaya untuk membendung penyebaran jangkitan virus,” kata Suga.

Suga mengakui sedar akan kegusaran rakyat yang bimbang dengan penganjuran sukan Olimpik tersebut pada ketika Jepun masih bergelut dengan penularan wabak itu.

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok