Jepun keluar amaran taufan paling serius landa wilayah selatan esok

September 17, 2022 · Dunia

Agensi Meteorologi Jepun hari ini memberi amaran mengenai taufan besar dan kuat yang dijangka tiba di daratan di selatan Pulau Kyushu esok (Ahad, 18 September 2022).

Amaran kecemasan sedemikian hanya dikeluarkan apabila fenomena semula jadi luar biasa diramalkan berlaku sekali dalam beberapa dekad.

Agensi itu berkata ia mungkin mengeluarkan “amaran taufan paling serius” untuk wilayah Kagoshima dan bahagian utara Kyushu, pulau utama paling selatan Jepun, dengan kemungkinan gelombang tinggi dan hujan lebat di wilayah itu.

Taufan Nanmadol, yang ke-14 musim ini, berada berhampiran Pulau Minami-Daito selatan Jepun menghala ke barat laut pada kelajuan 20 km (12 batu) sejam petang tadi.

Ribut itu diramalkan melengkung ke timur dan melepasi Tokyo pada Selasa sebelum bergerak ke laut menjelang Rabu.

Agensi itu mengingatkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga maksimum kerana angin kencang dan ombak tinggi mungkin mencetuskan tanah runtuh dan banjir.

Ia akan menjadi amaran yang pertama untuk wilayah Jepun selain Okinawa.

Pengarah agensi berkenaan Ryuta Kurora, memberitahu sidang media bahawa taufan itu semakin kuat sejak malam Jumaat dan merupakan “ribut berbahaya yang tidak pernah dialami sebelum ini.”

Beliau berkata taufan itu, yang mempunyai tekanan atmosfera 910 hektopascal di tengahnya, boleh menyebabkan jalur hujan di kawasan dilaluinya hingga Ahad sebelum bergerak ke timur laut dan kemudian berkemungkinan merentas kepulauan utama negara.

Taufan itu, membawa angin sehingga 198 kilometer sejam dengan tiupan maksimum 270 kilometer sejam, diramalkan akan membawa hujan lebat ke beberapa bahagian di Jepun sepanjang tiga hari hingga Isnin.

Agensi itu berkata selatan Kyushu boleh menerima sehingga 500 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi Ahad, manakala wilayah Shikoku dan Tokai di barat dan tengah Jepun boleh menerima sehingga 300 mm hujan. – Agensi

Berita berkaitan
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Hari pengundian diramal hujan, ribut petir
August 11, 2023· Isu semasa
Cuaca baik di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar
July 29, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok