Jepun kaji campur dua suntikan vaksin berbeza

August 30, 2021 · Dunia

Jepun akan mempertimbangkan cadangan mencampurkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca dengan jenama keluaran syarikat lain bagi dos kedua untuk mempercepatkan program vaksinasinya.

Negara itu yang sebelumnya bergantung kepada vaksin Pfizer dan Moderna, meluluskan AstraZeneca pada Julai lalu dan telah memperoleh dua juta dos.

“Saya telah meminta Kementerian Kesihatan untuk memberi pendapat berhubung penggunaan AstraZeneca sebagai suntikan pertama dan Pfizer atau Moderna sebagai dos kedua.

“Ini akan membolehkan program vaksinasi dipercepatkan dengan memendekkan tempoh suntikan dos pertama dan kedua,” kata menteri penyelaras vaksinasi, Taro Kono.

Suntikan kedua AstraZeneca mengambil masa lapan minggu selepas dos pertama, lebih lama berbanding vaksin lain.

Ketiga-tiga vaksin tersebut telah diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Jepun, tetapi kebanyakkan dari 124.5 juta dos yang telah disuntik adalah dari Pfizer dan Moderna.

Oleh kerana suntikan AstraZeneca memerlukan tempoh lapan minggu untuk suntikan dos kedua, kemungkinan tempoh tersebut akan dipendekkan sekiranya ia digabungkan dengan vaksin jenis lain, katanya.

Melalui kajian yang dilakukan sebelum ini, gabungan vaksin tersebut masih menunjukkan hasil tindak balas yang sama.

Pada Mei lalu, vaksin AstraZeneca telah dipersetujui untuk digunakan, tetapi Kerajaan Jepun masih meragui penggunaannya kerana terdapat laporan berkaitan risiko pembekuan darah.

Namun, pada Julai, Jepun telah mula membenarkan penggunaan vaksin AstraZeneca tetapi terhad kepada mereka yang ingin mengambilnya secara sukarela dan mesti berumur lebih 40 tahun.

Selain itu, kajian yang telah dilaksanakan masih tidak memberikan keputusan jelas mengenai kombinasi vaksin mana dapat memberikan perlindungan terbaik dan akan bertahan paling lama.

Negara-negara Barat lain seperti Kanada, Jerman dan Perancis telah meluluskan penggunaan campuran vaksin, namun Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran agar tidak melakukannya.

Sekiranya gabungan vaksin itu diluluskan, pihaknya akan membuat keputusan untuk melaksanakan suntikan ketiga iaitu suntikan penggalak seperti yang telah dipertimbangkan oleh negara itu, kata Kono.

Program vaksinasi di Jepun bermula lewat berbanding dengan negara maju lain, namun sejak awal musim panas, program suntikan itu telah dilaksanakan dengan cepat.

Hampir 44 peratus populasi dewasa Jepun telah diberi vaksin sepenuhnya. Daripada jumlah itu hampir 90 peratus berumur 65 tahun ke atas. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok