Jepun isytihar darurat, Olimpik Tokyo diadakan tanpa penyokong

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengisytiharkan darurat susulan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara itu semakin meningkat dan meletak syarat acara Sukan Olimpik di Tokyo diadakan tanpa kehadiran penyokong.

Suga memaklumkan langkah Darurat akan berkuat kuasa bermula pada Isnin depan sehingga 22 Ogos.

Pembukaan Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos ini akan berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.

Suga memaklumkan langkah tersebut terpaksa dilaksanakan untuk “mencegah penyebaran Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara”.

Pakar Penasihat Perubatan berpendapat sekiranya dalam tempoh hampir 2 minggu temasya Olimpik itu berlangsung tanpa penyokong, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko jangkitan baru melibatkan ribuan atlit dan pengawai yang bertugas.

Perbincangan lebih teliti akan diadakan pada Khamis atau Jumaat ini bagi menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu, pihak penganjur Olimpik turut berpendapat untuk melarang kehadiran penonton dari luar negara dan menetapkan had kepada peminat sukan tempatan dengan kapasiti 50 peratus yang atau maksimum dengan kehadiran 10,000 penonton.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach yang tiba di Tokyo hari ini bagi memantau persiapan terakhir dan beliau turut akan mempengerusikan perbincangan bersama Kerajaan Tempatan Tokyo dan Nasional bersama pengawai Paralimpik.

Keadaan darurat baru di Tokyo diumumkan selepas ibu negaranya mencatatkan 896 kes jangkitan baru pada hari ini, dan jumlah itu menunjukkan peningkatan yang hampir tinggi sejak pertengahan Mei lalu.

Jepun tidak menunjukkan peningkatan kes yang tinggi akibat gelombang kedua Covid-19 ini seperti di Indonesia dan Thailand tetapi kumulatif kes sudah melebihi 810,000 kes dengan mencatatkan 14,900 kes kematian.

BERITA BERKAIT
POPULAR