Jepun bakal lanjutkan separa darurat di 30 wilayah bagi sekat Covid-19

January 24, 2022 · Dunia

Ketika Jepun sedang bergelut untuk menangani lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara, pegawai kanan kerajaan pada Isnin berkata 30 daripada 47 wilayah negara itu akan diletakkan di bawah keadaan separa darurat dalam beberapa hari akan datang.

Maklumat itu susulan perbincangan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dengan menteri Kabinet mengenai wilayah-wilayah terbaharu yang meminta untuk diletakkan di bawah langkah kecemasan Covid-19, keputusan rasmi mengenai perkara itu mungkin diumumkan pada Selasa, lapor Xinhua menurut sumber itu menurut Bernama.

“Kami akan bertindak dengan langkah yang seimbang berdasarkan sifat strain Omicron dengan meningkatkan aliran prosedur pencegahan, pengesanan dan rawatan awal,” kata Kishida pada sesi jawatankuasa bajet Dewan Rakyat pada Isnin.

Keputusan akhir akan dibuat selepas kerajaan berbincang dengan panel penasihat pakar virus negara, yang akan mengesyorkan kemungkinan membenarkan lebih banyak wilayah mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat seperti di 16 wilayah yang sudahpun melaksanakan langkah darurat pada Isnin.

Tindakan itu dibuat selepas kes Covid-19 di seluruh negara melonjak kepada rekod 54,576 pada Sabtu ketika varian virus Omicron yang sangat mudah berjangkit terus mencetus kebimbangan di seluruh negara.

Keadaan separa darurat membolehkan gabenor dan pegawai wilayah melaksanakan langkah pencegahan Covid-19 yang lebih ketat, seperti meminta kedai makan dan bar ditutup awal dan tidak menghidangkan alkohol, termasuk mengehadkan pengunjung dalam mana-mana acara di ruangan tertutup atau terbuka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok