Jeneral Ahmed Nasser al-Raisi dipilih ketuai Interpol

November 25, 2021 · Dunia

Jeneral Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dituduh melakukan penyeksaan, telah dipilih sebagai Presiden Polis Antarabangsa (Interpol), kata agensi polis global itu, walaupun terdapat kebimbangan daripada pertubuhan hak asasi manusia dan Ahli Parlimen Eropah.

“Mr Ahmed Nasser al-Raisi dari UAE telah dipilih bagi mengisi jawatan Presiden bagi tempoh empat tahun,” kata Interpol dalam Twitternya hari ini.

Undian telah diadakan untuk memilih Presiden baharu Interpol dan ahli jawatankuasa eksekutif pada hari ketiga mesyuarat Perhimpunan Agung Interpol ke-89 di Istanbul, Turki.

Jawatankuasa eksekutif Interpol menyelia pelaksanaan keputusan Perhimpunan Agung.

Tiga belas ahli jawatankuasa eksekutif, termasuk Presiden dan Naib Presiden serta perwakilan, mewakili empat wilayah Interpol.

Aduan penyiksaan telah difailkan terhadap Jeneral al-Raisi, ketua pasukan keselamatan UAE dalam beberapa bulan kebelakangan ini di Perancis dan Turki.

Pelantikan itu menyusul peruntukan yang banyak disediakan UAE kepada Interpol, tatkala Abu Dhabi dituduh menyalahgunakan sistem ‘notis merah’ Interpol untuk menyenaraikan suspek dalam kalangan anggota politik pembangkang.

Tiga Ahli Parlimen Eropah menulis surat bertarikh 11 November kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen untuk memberi amaran berhubung kesan pelantikan jeneral itu terhadap Interpol.

“Pemilihan Jeneral Al Raisi akan menjejaskan misi, reputasi dan keupayaan Interpol untuk melaksanakan misinya dengan berkesan,” tulis mereka.

Pada Oktober 2020, 19 NGO, termasuk Pemantau Hak Asasi Manusia menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan pemilihan al-Raisi, yang mereka sifatkan sebagai “sebahagian daripada pasukan keselamatan yang menyasarkan pengkritik secara sistematik”. – Agensi

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok