Jemaah umrah boleh dapatkan visa melalui aplikasi telefon bimbit

November 15, 2021 · Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran kepada jemaah umrah dari luar negara itu untuk mendapatkan visa melalui aplikasi di telefon bimbit, iaitu “Eatmarna” dan “Tawakkalna”.

Melalui kenyataan rasmi di laman Twitter kementerian itu, jemaah boleh mendapatkan kebenaran untuk menunaikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi Masjid Nabawi melalui aplikasi tersebut, selepas mendaftar dalam platform “Quddum” setelah tiba di Arab Saudi.

“Untuk memudahkan urusan tetamu al-Rahman, jemaah dari luar Arab Saudi boleh mendapatkan visa umrah melalui aplikasi “Eatmarna” dan “Tawakkalna” yang sudah disediakan di platform Google Play, App Store, App Gallery, Galaxy Store,” kenyataan kementerian itu.

Selain itu, agensi berita Arab Saudi (SPA) memetik kenyataan kementerian itu menyatakan kebenaran itu hanya terhad kepada jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi, serta bagi mereka yang mendapat pengecualian seperti tertera pada aplikasi “Tawakkalna”.

Manakala, bagi pemegang visa umrah yang belum lengkap dua dos vaksin, perlu segera mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam di pusat pemberian vaksin (PPV) di negara itu.

Syarat-syarat tersebut ditetapkan bagi menjaga kesihatan jemaah lain seperti mana ditetapkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, operasi nyah cemar dan pembersihan di Masjidil Haram dijalankan 10 kali sehari bagi menjamin keselamatan jemaah dan pengunjung.

Lebih 4,000 pekerja melibatkan lelaki dan wanita ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan selian 200 kakitangan kanan.

Sejak bulan Rabiulawal lalu, lebih 300 proses operasi nyah cemar sudah dilaksanakan di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya menggunakan 2.4 juta liter produk pembasmi kuman dan pembersihan bermutu tinggi.

Menurut laporan Arab News, masjid itu juga disembur dengan 45,000 liter minyak wangi dan 100 wangian pembersih udara yang digunakan di dalamnya.

Lebih 500 perkakas dan peralatan digunakan ketika operasi pembersihan dan setiap operasi mengambil masa hampir 25 minit bagi memastikan ibadah setiap jemaah tidak terganggu.

Sebelum ini, pada 17 Oktober lalu, kerajaan Arab Saudi sudah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan membenarkan jemaah untuk menunaikan solat tanpa perjarakan fizikal buat pertama kalinya sejak pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

Kelonggaran lain juga termasuk membenarkan solat jemaah dengan kapasiti penuh dan dibenarkan solat dalam saf rapat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.

Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut memperincikan definisi tempat awam yang dibenarkan masuk dengan tanpa perlu memakai pelitup muka.

Melalui kenyataan kementerian itu, individu yang sudah divaksin lengkap tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka seperti di taman dan dataran awam serta di kawasan ruang kaki lima.

Manakala bagi tempat awam yang berdinding dan bertutup, walaupun dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dan masih tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal. – Agensi

Berita berkaitan
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok