Jemaah haji 2021 bakal diwajibkan memiliki Kad Pintar Haji Arab Saudi

May 29, 2021 · Dunia

Jemaah haji mungkin diwajib menggunakan beberapa sistem teknologi, termasuk penggunaan kad pintar, yang bertujuan mempermudah prosedur ibadah itu sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah bin Sulaiman berkata, kad pintar itu dihubungkan dengan semua rangkaian perkhidmatan yang disediakan untuk jemaah, seperti mengakses tempat tinggal, pengangkutan, hotel, dan ATM.

“Kad pintar itu juga boleh diguna untuk membimbing jemaah yang hilang mencari arah pulang ke hotrl, dan mengenal pasti tempat yang sesak,” katanya.

Kad Pintar Haji adalah kad penyulitan data dan standard yang disediakan untuk jemaah haji, yang mengandungi banyak maklumat dan perkhidmatan serta dihubungkan ke aplikasi telefon pintar.

Kad itu bergantung kepada teknologi komunikasi jarak dekat (NFC), yang menjadikan kad dapat dibaca melalui peranti layan diri seperti kios yang banyak disediakan di sekitar Tanah Suci.

Penggunaan kod bar memberikan maklumat yang relevan mengenai jemaah, termasuk menyimpan semua maklumat peribadi, perubatan dan tempat tinggal mereka.

Kad itu juga menyediakan akses ke pelbagai kemudahan, mengandungi kod QR untuk memuat turun aplikasi di telefon pintar, memberi petunjuk kepada jemaah haji ke kediaman mereka di Makkah, Madinah dan tempat suci lain, serta membantu mengurangkan umat Islam yang masuk untuk mengerjakan haji secara haram. – Agensi

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok