Jeddah banjir besar selepas 13 tahun

November 24, 2022 · Dunia

Jeddah hari ini (Khamis, 24 November 2022) menyaksikan hujan lebat dan banjir disertai ribut, guruh dan petir, di sebahagian besar bandar yang terletak kira-kira 86.8 kilometer dari Tanah Suci Makkah.

Media Arab Saudi melaporkan sekurang-kurangnya dua maut, manakala beberapa lagi dapat diselamatkan setelah kenderaan mereka ditenggelami banjir terburuk dalam tempoh 13 tahun.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), jumlah hujan yang direkodkan di Jeddah dari 8 pagi hingga 2 petang Khamis melebihi jumlah yang direkodkan pada 2009, iaitu mencecah 179 mm dalam tempoh enam jam.

Jabatan Perbandaran Jeddah mengerahkan sejumlah 2,564 pekerja, dilengkapi kira-kira 960 jentera, untuk mengeluarkan air dan sisa dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.

Trafik penerbangan dan kenderaan terganggu selama beberapa jam kerana laluan utama dan jalan raya ditenggelami air. Beberapa penerbangan tertunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) manakala Lebuhraya Haramain dan beberapa jalan utama lain ditutup selama beberapa jam.

Trafik disambung semula di Lebuhraya Makkah – Jeddah di kedua-dua arah selepas gangguan pergerakan kenderaan selama beberapa jam. Jabatan Perbandaran Jeddah dan NCM mengumumkan keadaan berjaga-jaga dan menggesa penduduk supaya berhati-hati dan tidak keluar dalam cuaca hujan.

Beberapa jalan di kawasan perumahan Jeddah dinaiki air akibat hujan lebat, menyebabkan banyak kenderaan rosak.

Jurucakap Pertahanan Awam Kolonel Muhammad Al-Qarni berkata bahawa dua kematian dilaporkan akibat hujan lebat di Jeddah.

Perenang dari Pertahanan Awam Jeddah menyelamatkan ramai pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan mereka yang tenggelam dalam terowong Jalan Raja Abdullah yang ditenggelami air.

Banyak kereta ditenggelami air di jalan timur Jeddah, yang ditutup sepenuhnya akibat hujan lebat.

Kebanyakan penduduk terpaksa tinggal di dalam rumah kerana mereka melihat paras air meningkat secara berterusan di persekitaran rumah mereka manakala kebanyakan jalan ditenggelami air.

Penduduk menggunakan Twitter dan Instagram untuk berkongsi imej dan klip video keadaan cuaca melampau dan kejadian kenderaan dihanyutkan. Kenderaan rosak di beberapa jalan di Jeddah akibat hujan lebat yang mula melanda bandar ini sejak pagi tadi.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz mengumumkan bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca.

Dalam satu kenyataan di akaun Twitternya, lapangan terbang itu berkata bahawa beberapa penerbangan telah ditangguhkan kerana keadaan cuaca, menyatakan bahawa ia akan berkomunikasi dengan syarikat penerbangan untuk mengesahkan jadual pelepasan penerbangan baharu.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok