Jangkitan varian Delta bermula di sekolah semakin merebak di Fujian

September 15, 2021 · Dunia

Penularan varian Delta Covid-19 yang dikatakan bermula di sebuah sekolah rendah di Putian di tenggara China terus meluas, mendorong pihak berkuasa negara itu mengenakan tindakan, termasuk larangan perjalanan dan penutupan sekolah, bagi mengekang penyebaran virus itu.

Pihak berkuasa Putian, bandar dihuni kira-kira 3.2 juta penduduk di wilayah pesisir pantai dan bertentangan dengan Taiwan, Fujian, mengarahkan ujian saringan terhadap semua penduduknya pada Selasa, setelah kes dikaitkan dengan seorang lelaki yang pulang dari Singapura, menyebabkan 100 individu lain dijangkiti.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata 59 jangkitan tempatan baharu dilaporkan pada 13 September, meningkat daripada 22 kes sehari sebelumnya dengan kesemua mereka adalah di Fujian.

Dalam tempoh empat hari sahaja, keseluruhannya 102 jangkitan berlaku dalam komuniti di tiga bandar utama di Fujian, termasuk Xiamen, yang dihuni kira-kira lima juta penduduk.

Sumber penularan dipercayai bapa seorang murid di sebuah sekolah rendah di Putou. Dia pulang dari Singapura pada Ogos lalu dan telah melengkapkan tempoh kuarantin, termasuk beberapa ujian Covid-19, sebelum disahkan positif bulan ini setelah mula menunjukkan simptom Covid-19.

Anak lelaki itu berusian 12 tahun dan rakan sekelasnya antara pesakit pertama yang dikesan dalam kluster itu minggu lalu, sejurus selepas penggal sekolah baharu bermula.

Varian Delta itu kemudian mula merebak di dalam kelas berkenaan, menjangkiti lebih 36 murid lain, kata pihak berkuasa sambil menambah kes itu adalah yang terbesar membabitkan penularan wabak Covid-19 di sekolah sejak pandemik itu bermula.

Penularan dalam kalangan murid sekolah berkenaan mencetuskan gesaan supaya kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas diberi suntikan vaksin Covid-19, selain tempoh kuarantin 14 hari turut dipertikaikan, lapor akhbar Global Times.

Kes baharu Covid-19 meletus semula menjelang Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober, dengan cuti seminggu yang menjadi masa paling popular dalam kalangan penduduk negara itu untuk melakukan perjalanan.

Penularan turut merebak ke Xiamen, di mana 32 kes baharu dilaporkan dalam komuniti pada 13 September berbanding hanya satu kes sehari sebelumnya.

Pesakit pertama dikesan adalah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 di Putian, kata pihak berkuasa kesihatan.

Pihak berkuasa Xiamen juga melaksanakan perintah penutupan di beberapa kawasan mencatatkan kes yang tinggi dan mengarahkan sekolah melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.

China kini dilanda varian Delta yang sangat menular setelah berjaya mengekang gelombang pertama Covid-19 yang muncul dari Wuhan pada akhir 2019. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok