Jangkitan Omicron meningkat mendadak di Filipina

January 11, 2022 · Dunia

Varian Covid-19 Omicron yang sangat mudah berjangkit telah mendahului Delta dan kini merupakan varian dominan di Filipina, kata Setiausaha Kesihatan Francisco Duque pada Isnin malam.

Dalam pertemuan prarakaman dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang disiarkan lewat malam Isnin, Duque berkata penjujukan genom terbaharu menunjukkan lebih 60 peratus sampel adalah kes varian Omicron, menurut Xinhua lapor Bernama.

Beliau berkata daripada penjujukan genom yang dijalankan pada 3 Jan, sekitar 60.42 peratus, atau 29 daripada 48 sampel adalah kes Omicron, manakala 18 atau 37.5 peratus adalah Delta.

Negara Asia Tenggara itu melaporkan 33,169 jangkitan baharu Covid-19 pada Isnin, satu rekod baharu untuk peningkatan harian. Ia kini mempunyai hampir tiga juta kes yang disahkan, termasuk 52,293 kematian.

Negara itu mengalami gelombang keempat jangkitan Covid-19 sejak ia mula dikesan pada 2020.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok