Jangkitan Omicron melonjak 55 peratus di seluruh dunia: WHO

January 13, 2022 · Dunia

Jumlah jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron, minggu lalu melonjak kira-kira 55 peratus, walaupun jumlah kematian kekal stabil, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan pandemik terbarunya.

Dalam laporan mingguan yang dikeluarkan malam semalam, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata terdapat kira-kira 15 juta kes baharu Covid-19 minggu lalu dan lebih 43,000 kematian.

Setiap rantau dunia melaporkan peningkatan kes Covid-19 kecuali Afrika, di mana berlaku penurunan 11 peratus.

Minggu lalu, WHO memaklumkan rekod tertinggi pandemik sebanyak 9.5 juta jangkitan baharu dalam tempoh seminggu, selain menyebutnya sebagai “tsunami” penyakit.

WHO berkata varian Omicron yang sangat menular terus merebak secara global dan kini semakin hampir menjadi varian dominan selepas Delta.

Menurut WHO Omicron, yang pertama kali dikesan di selatan Afrika pada akhir November 2021, menyumbang hampir 59 peratus daripada semua jujukan yang dikongsi dengan pangkalan data virus global terbesar.

WHO berkata Omicron kini telah terbukti mempunyai tempoh lonjakan yang lebih singkat, dengan bukti yang semakin banyak varian itu mampu “mengelakkan imuniti.”

Pertubuhan itu juga menyatakan terdapat banyak kajian bahawa jangkitan Omicron kurang teruk berbanding varian sebelumnya.

Setelah kes Omicron meningkat mendadak di Afrika Selatan selepas varian itu mula-mula dikesan, wabak itu cepat menurun dan pakar percaya gelombang itu kini telah berlalu.

WHO berkata selepas peningkatan berterusan Covid-19 di seluruh Afrika, kes menurun minggu ini buat kali pertama.

Saintis di Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengatakan terdapat tanda-tanda awal Omicron semakin berakhir, tetapi mereka masih tidak pasti bagaimana fasa wabak seterusnya akan berlaku.

WHO menyatakan benua Amerika melaporkan jumlah kes Covid-19 yang tertinggi minggu ini, dengan lonjakan 78 peratus, terutamanya didorong oleh peningkatan jangkitan di AS.

Jumlah kes baharu di Eropah meningkat sebanyak 31 peratus, manakala terdapat penurunan 10 peratus dalam kematian. Lonjakan terbesar dalam jangkitan Covid-19 dicatatkan di India, Bangladesh dan Thailand dan Timor-Leste iaitu meningkat lebih 400 peratus.

Varian Omicron merebak dengan lebih mudah berbanding varian lain, dan telah menjadi dominan di beberapa negara. Ia juga lebih mudah menjangkiti mereka yang telah divaksinasi atau pernah dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, kajian awal menunjukkan Omicron kurang berkemungkinan menyebabkan penyakit teruk berbanding varian Delta, dan vaksinasi serta penggalak masih menawarkan perlindungan yang kuat daripada mendapat jangkitan serius, kemasukan ke hospital dan kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok