Jangkitan dalam kluster karaoke di Singapura naik kepada 149 kes

July 17, 2021 · Dunia

Singapura hari ini melaporkan sebanyak 60 jangkitan tempatan Covid-19 termasuk 29 yang dikaitkan dengan kluster KTV karaoke dan kelab malam, dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kes membabitkan kluster karaoke kepada 149 individu.

Daripada 60 jangkitan tempatan itu 33 dikaitkan dengan kes sebelum ini dan kuarantin, sementara 22 lagi dikesan menerusi pengawasan setempat.

Terdapat lima jangkitan yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kes.

Kementerian Kesihatan negara itu juga memaklumkan terdapat lapan kes import yang diberi notis tinggal di rumah ketika tiba di Singapura.

Satu daripada kes import itu dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala lapan lagi menunjukkan tanda-tanda deman ketika menjalani pengasingan di rumah.

Jumlah keseluruhan kes di republik itu adalah 62,981 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok