Jangkitan Covid-19 di Thailand cecah lebih satu juta

Tidak mengambil masa lama, jumlah kumulatif Covid-19 di Thailand hari ini sudah mencapai satu juta kes, setelah Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan dalam tempoh 24 hari ini, 19,851 jangkitan baharu dicatatkan, turun sedikit berbanding semalam menjadikan keseluruhan sebanyak 1,009,710 kes positif.

Jumlah kematian terus meningkat apabila 240 pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif 8,826 kematian, manakala 20,478 pesakit pula disahkan sembuh, mengikut data kementerian itu hari ini.

Semalam, Pengawai Kesihatan Thailand memaklumkan akan mengkaji semula suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan kerana bekalan vaksin di negara itu sangat terhad ketika situasi jangkitan semakin genting.

Susulan itu, Thailand dilaporkan sedang mengkaji untuk memberi suntikan di bawah kulit bagi menjimatkan penggunaan dos vaksin yang terhad.

“Pengalaman kami sebelumnya menunjukkan bahawa suntikan intradermal menggunakan 25% suntikan otot, tetapi mencetuskan tahap imuniti yang sama,” kata Ketua Jabatan Sains Perubatan kementerian itu, Supakit Sirilak kepada wartawan.

Setakat ini negara itu telah memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada 8.3 peratus daripada 66 juta populasinya menerusi program besar-besaran bermula Jun lalu dalam usaha memerangi varian Alpha dan Delta.

Walaupun menjadi pengeluar vaksin AstraZeneca (AZN.L), Thailand masih mengalami kekurangan bekalan dan memerlukan vaksin jenama lain yang diimport untuk menampung kapisiti penduduknya.

Negara itu dilaporkan berusaha meminjam vaksin dari Bhutan.

Supakit berkata jika kajian itu menunjukkan suntikan intradermal berkesan tanpa memilih jenis vaksin, Thailand mampu memberi lima hingga enam kali suntikan kepada penduduknya menggunakan jumlah vaksin sedia ada. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR