Jangkitan Covid-19 di Singapura lepasi angka 5,000

October 28, 2021 · Dunia

Jangkitan baharu akibat Covid-19 di Singapura semalam melonjak ke 5,324 kes dengan 10 lagi kematian akibat komplikasi disebabkan virus tersebut.

Lapor Berita Mediacorp, pesakit yang meninggal dunia berumur di antara 54 tahun ke 96 tahun, semua pesakit sudah divaksin kecuali satu kes tidak divaksin dan kebanyakan mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Kementerian Kesihatan (MOH) bagaimanapun tidak memberikan perincian penuh tentang masalah kesihatan tersebut.

Bilangan kes baharu Covid-19 semalam adalah yang tertinggi direkodkan berbanding dengan hanya 3,277 kes pada Selasa lalu.

Sementara itu, beberapa hospital di republik itu turut menawarkan pemakaian tudung kepada kakitangan Muslimah di tempat kerja mulai Isnin ini.

Berita Mediacorp memaklumkan, tudung rekaan ‘SingHealth’ itu turut menyediakan belahan bagi kegunaan pembedahan dan stetoskop untuk memudahkan ketika mereka bertugas.

Kakitangan Muslimah boleh memilih untuk membeli tudung yang diluluskan itu atau memakai tudung mereka sendiri, asalkan ianya mematuhi garis panduan di hospital.

Pihak ‘SingHealth’ turut memadankan tudung berwarna putih atau kelabu dengan seragam pekerja kesihatan itu.

Akan tetapi, pekerja kesihatan Muslimah tidak dibenarkan memakai tudung mereka sendiri kita berada dalam persekitaran berisiko tinggi seperti di bilik pembedahan.

Menurut ‘SingHealth’, pihaknya akan menghasilkan penggunaan tudung pakai buang dalam persekitaran steril dalam masa terdekat ini.

Manakala, bagi IHH Healthcare, yang mengendalikan pengeluaran tudung bagi hospital seperti Mount Elizabeth dan Gleneagles, ia akan mengasingkan warna tudung yang berbeza mengikut jawatan.

Jururawat akan memakai warna kuning cair, kakitangan pentadbiran akan dipadankan dengan warna biru, manakala kakitangan F&B perlu memakai warna hitam.

Kakitangan kesihatan di hospital tersebut turut dibenarkan untuk memakai tudung mereka sendiri sekiranya ia sepadan dengan kriteria yang dibenarkan oleh pihak IHH.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Keputusan permohonan MP Labuan batal pertuduhan kes rasuah 11 Ogos
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
Cacar monyet: New York isytihar darurat, WHO beri amaran kematian
July 31, 2022
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
18 jam lalu · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
China lancar 11 peluru berpandu bantah lawatan Pelosi ke Taiwan
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok