Jangkitan Covid-19 di Russia terus melonjak melebihi 37,000 kes

October 26, 2021 · Dunia

Russia merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi apabila seramai 37,930 penduduknya positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Isnin, menjadikan keseluruhannya lebih 8.27 juta kes sejak awal tahun lalu.

Jumlah kes aktif di negara itu kini mencecah 861,293 individu, kata pasukan petugas Covid-19 Russia dalam laporan hariannya.

Dalam tempoh itu juga seramai 1,069 pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan kumulatif meningkat kepada 231,669 kematian, manakala 20,690 pesakit disahkan sembuh menjadikannya 7.18 juta pesakit telah pulih.

Bermula 28 Oktober ini, Russia akan melaksanakan program tidak bekerja 10 hari dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19.

Presiden Vladimir Putin pada Isnin menandatangani perintah membenarkan pihak berkuasa wilayah mengenakan larangan makan di khalayak dan tidak membenarkan pusat hiburan dibuka mulai jam 11 malam hingga 6 pagi.

Menurut perintah itu, keputusan akhir untuk melaksanakan larangan itu bagaimanapun bergantung kepada pihak berkuasa wilayah.

Putin turut mencadangkan ujian saringan Covid-19 serta program vaksinasi dipertingkatkan bagi mencegah penularan Covid-19.

Beliau juga mencadangkan pekerja yang melengkapkan vaksinasi diberi cuti khas bergaji selama dua hari. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok