Jangkitan Covid-19 di Indonesia tinggi, Jokowi bakal umum Darurat

June 30, 2021 · Dunia

Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan mengumumkan pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat bagi menyekat penularan kes jangkitan Covid-19 yang semakin luar kawalan di Republik itu.

Menurut Jokowi, kajian yang teliti sudah dijalankan untuk melaksanakan PPKM memandangkan peningkatan kes yang semakin tinggi melanda negara itu.

“Kami berharap dapat dilaksanakan segera kerana lonjakan kes yang semakin tinggi,” kata Jokowi semasa Persidangan Nasional VIII Dewan Perdagangan dan Perindustrian Indonesia di Kendari, Sulawesi Tenggara hari ini menurut laporan ANTARA.

PPKM dapat dilaksanakan selama satu atau dua minggu ke depan di pulau Jawa dan Bali, katanya.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, terdapat beberapa perubahan dibuat berbanding PPKM tahap 11 yang dilaksanakan sejak 11 Jun lalu.

Antaranya termasuk waktu operasi pusat beli-belah dan restoran dengan sektor pekerjaan penting boleh beroperasi pada kapasiti 50 peratus di pejabat, manakala bagi sektor kritikal, dibenarkan pada kadar 100 peratus.

Selain itu, semua golongan pekerja bukan sektor penting pula perlu bekerja dari rumah secara 100 peratus, selain sesi persekolahan dilakukan secara dalam talian.

Punca utama lonjakan kes di Indonesia adalah daripada pergerakan rakyat semasa musim cuti Aidilfitri serta penemuan varian baharu yang menular dikalangan masyarakat.

“Pada awal Februari (2021), jumlah kes meningkat menjadi 176 ribu kes, (dan) jumlahnya turun pada pertengahan Mei menjadi 87 ribu kes,” katanya.

“Tetapi setelah percutian lebaran tiba dan ditambah dengan varian baharu, kes kami meningkat, ia meningkat menjadi 228 ribu. Inilah sebabnya mengapa kami harus waspada,” tegas Jokowi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Anak syarikat Genting bina kapal di Jerman fail notis bankrap
January 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok