Jangkitan Covid-19 di Australia terus meningkat, varian Delta merebak

August 29, 2021 · Dunia

Jangkitan Covid-19 di Australia meningkat lagi hari ini kepada 1,323 kes, tatkala perdebatan berlanjutan mengenai apakah komuniti negara itu harus mulai hidup bersama virus berkenaan, setelah berjaya menyekatnya pada peringkat awal penularan.

Negeri paling padat penduduk di Australia, New South Wales, – pusat penularan varia Delta – melaporkan 1,218 kes, ketika pihak berkuasa negeri itu bercadang melonggarkan beberapa peraturan dan sekatan, setelah sembilan minggu dikenakan ‘lockdown’.

Perintah sekatan dan penutupan itu dijadualkan berakhir hujung September ini.

Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian memberi jaminan akan membuka semula negeri itu setelah 70 peratus daripada populasi berusia 16 tahun ke atas telah menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Tidak kita berapa jumlah jangkitan harian, dua dos, 70 peratus di New South Wales bermakna kebebasan kepada sesiapa yang telah divaksin,” katanya hari ini sambil menjelaskan separuh daripada sasaran itu telah dicapai.

Di Victoria, negeri kedua padat penduduk di Australia yang telah dikenakan ‘lockdown’ kali keenam sejak bermulanya pandemik, terdapat 92 jangkitan baharu, tertinggi sejak hampir setahun lalu.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata ‘lockdown’ itu yang dijadual tamat Khamis ini akan disambung lagi.

“Kami melihat kes meningkat dan tidak boleh mengambil langkah menamatkan ‘lockdown’,” katanya tanpa menjelaskan sehingga bila perintah itu akan diberlakukan.

Australia setakat ini merekodkan 50,100 kes positif Covid-19 dan 999 kematian.

Selepas negara itu menutup semua sempadannya pada awal penularan wabak Covid-19, semua enam negeri dan dua wilayah menggunakan pelbagai kombinasi, termasuk menutup pintu sempadan negeri, ‘lockdown’ dan penjarakan sosial bagi memerangi penularan virus itu.

Namun, kini kerajaan Australia menegaskan stratefi sifar Covid-19, yang berjaya mengekang penularannya, sudah tidak realistik susulan kewujudan varian Delta yang cepar menular dan menjangkiti.

Perdana Menteri Scott Morrison menggesa semua negeri membuka semula sempadan masing-masing setelah mencapai sasaran 70 peratus penduduk 16 tahun ke atas telah divaksin, namun Queensland dan Australia Barat – dua negeri yang bebas Covid-19 – enggan berbuat demikian. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok