Jangka hayat turun akibat Covid-19: Kajian Universiti Oxford

September 27, 2021 · Dunia

Pandemik Covid-19 didapati menurunkan jangka hayat manusia sepanjang tempoh 2020 – jumlah terbesar sejak Perang Dunia Kedua – menurut kajian Universiti Oxford yang diterbitkan hari ini.

Dengan jangka hayat lelaki Amerika Syarikat (AS) turun lebih daripada dua tahun, kajian itu mendapati jangka hayat manusia turun enam bulan pada 2020 berbanding 2019 di 22 daripada 29 negara yang terbabit dalam penyelidikan itu, merangkumi Eropah, AS, dan Chile.

Secara keseluruhan terdapat penurunan jangka hayat di 27 daripada 29 negara, menurut kajian itu.

Universiti Oxford memaklumkan kebanyakan penurunan jangka hayat di pelbagai negara berbeza kemungkinan besar ada kaitan dengan jumlah kematian akibat Covid-19.

Sehingga kini, dianggarkan hampir lima juta kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia.

“Kenyataan bahawa hasil penyelidikan kami menyoroti kesan besar yang secara langsung disebabkan oleh Covid-19 menunjukkan betapa dahsyatnya kejutan bagi banyak negara,” kata pengarang bersama analisis tersebut, yang diterbitkan dalam International Journal of Epidemiology, Dr Ridhi Kashyap.

Penurunan jangka hayat itu lebih ketara membabitkan lelaki berbanding wanita di kebanyakan negara, terutama di AS yang menyaksikan ianya turun sebanyak 2.2 tahun berbanding 2019.

Di AS, peningkatan kes kematian lebih banyak membabitkan golongan yang masih bekerja dan berumur di bawah 60 tahun, manakala di Eropah, kematian melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas menjadi penyumbang utama kes keseluruhan.

Dr Kashyap menggesa lebih banyak negara, termasuk negara berpendapatan rendah dan sederhana, supaya mengemaskinikan kes kematian supaya kajian lebih meluas dapat dilakukan.

Minggu lalu, Jabatan Perangkaan Britain (ONS) menganggarkan jangka hayat lelaki di United Kingdom (UK) turun untuk pertama kalinya dalam tempoh 40 tahun susulan kesan Covid-19.

Lelaki yang dilahirkan antara 2018 dan 2020 dijangka hidup hingga berusia 79 tahun, turun dari 79.2 untuk tempoh 2015 hingga 2017, menurut ONS. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok