Jangan melancong ke Indonesia: CDC

February 15, 2022 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan nasihat perjalanan terhadap enam negara dan wilayah termasuk Korea Selatan, Azerbaijan dan Belarus susulan penularan meluas wabak Covid-19.

CDC juga menambah Comoros, Polinesia Perancis, dan Saint Pierre dan Miquelon ke dalam senarai risiko “Tahap Empat: Sangat Tinggi” sambil menaikkan penarafan nasihat perjalanannya pada untuk Korea Selatan, Indonesia dan Azerbaijan kepada “Tahap 4: Jangan Melancong. ”

Secara keseluruhan, CDC menyenaraikan kira-kira 140 negara dan wilayah pada tahap amaran tertinggi, termasuk Kanada, seluruh Eropah dan hampir seluruh Amerika Latin.

CDC menyenaraikan 50 negara atau wilayah pada “Tahap Tiga: Tinggi,” yang tidak menggalakkan perjalanan tidak penting oleh rakyat Amerika yang tidak divaksin. Hanya 11 destinasi – termasuk China, New Zealand, Pakistan, Taiwan dan Hong Kong – disenaraikan di Tahap 1: Rendah atau Tahap 2: Sederhana.

Agensi itu juga menyenaraikan kira-kira 40 destinasi lagi sebagai tidak diketahui dan menasihatkan supaya tidak pergi ke destinasi tersebut melainkan divaksinasi.

Awal bulan ini, syarikat penerbangan, perniagaan dan kumpulan pelancongan utama menggesa White House untuk menamatkan keperluan ujian pra-berlepas Covid-19 untuk penumpang antarabangsa yang diberi vaksin dalam perjalanan ke AS.

Sementara itu, peningkatan jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian terbaharu, Omicron, menjadikan Indonesia antara penyumbang terbesar jumlah kes jangkitan di rantau Asia Tenggara.

Data daripada Universiti Johns Hopkins petang semalam menunjukkan Indonesia melepasi Vietnam dan Filipina selepas beberapa hari sebelum itu juga melepasi Singapura, Malaysia dan Thailand.

Tambahan 36,501 kes baharu yang dilaporkan semalam, meningkatkan lagi jumlah kumulatif kes dalam tempoh 28 hari kepada 536,129 dengan jumlah kematian mencecah 1,006 kes dalam tempoh yang sama.

Negara Asia Tenggara dengan jumlah kes paling hampir dalam tempoh 28 hari itu ialah Vietnam yang mencatatkan 487,314 kes baharu Covid-19 dengan 3,337 kematian.

Penyumbang ketiga kepada jumlah Covid-19 Asia Tenggara ialah Filipina dengan 431,884 kes kumulatif sejak 28 hari lalu dengan jumlah kematian mencecah 2,023 kes.

Pada skala global, data Universiti Johns Hopkins meletakkan AS sebagai penyumbang utama dalam tempoh sebulan lalu dengan 11.8 juta kes positif dan 65,561 kematian berkaitan Covid-19. Ini diikuti oleh Perancis dengan 7.5 juta kes baharu dan 7,862 kematian.

Negara ketiga yang menyumbang paling banyak kepada jumlah global Covid-19 ialah India dengan 5.2 juta kes baharu dan 22,560 kematian manakala negara yang menduduki tempat keempat dan kelima ialah Brazil (4.4 juta kes baharu) dan Jerman (4.4 juta kes baharu). – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
24 jam lalu · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok