Jambatan Pickering lintasan pejalan kaki terpanjang di dunia

September 20, 2021 · Dunia

Jambatan Pickering yang merentangi Lebuhraya Ontario, Kanada memecahkan rekod dunia Guinness sebagai lintasan pejalan kaki bertutup terpanjang di dunia.

Jambatan ini dibina Metrolinx merentangi Lebuhraya 401 secara rasmi mencatatkan Guinness World Record dengan ukuran sepanjang 249.9 meter.

Menurut Jurucakap Metrolinx, Anne Marie Aikins, jambatan itu siap sepenuhnya pada September 2018.

“Pihak kami sudah menjalankan perincian terhadap jambatan pejalan kaki lain di dunia tetapi tidak ada yang lebih panjang daripada jambatan itu, dan kami membuat permohonan kepada Guinness World Record untuk mengesahkan perkara itu pada tahun 2020,” katanya.

Jelasnya, proses untuk menentukan status rekod dunia itu memerlukan masa lebih daripada setahun bagi mendapat pengikhtirafan dari pihak Guinness .

Selain itu, jambatan itu dapat menghubungkan stesen Kereta Api Pickering Go ke pusat bandar Pickering.

“Jambatan itu terletak di atas sebuah lebuhraya yang menghubungkan 14 laluan, serta jalan raya ke bandar dan enam landasan kereta api di bawahnya.”

“Jambatan Pickering juga merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan penduduk di Ontario,” jelasnya. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
58 kes cacar monyet baharu disahkan di Kanada, Perancis rekod 51 kes
June 4, 2022· Dunia
Jangkitan cacar monyet di Sepanyol, Kanada meningkat
May 27, 2022· Dunia
Kanada haramkan Huawei dan ZTE daripada rangkaian 5G
May 20, 2022· Dunia
Warga Rusia dikenakan sekatan Australia dan Kanada
May 18, 2022· Dunia
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Jatuh bagai domino, mayat segenap penjuru: Saksi Pesta Halloween
October 30, 2022
Indonesia naikkan cukai rokok
December 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok