Jalani rawatan, Ratu Elizabeth II batal lawatan ke Ireland Utara

October 22, 2021 · Dunia

Lawatan ke Ireland Utara minggu ini terpaksa dibatalkan Ratu Elizabeth II yang perlu menjalani ujian kesihatan di hospital.

Dalam satu kenyataan Istana Buckingham, Ratu Elizabeth II diminta berehat selepas hadir ke hospital dan kini berada dalam keadaan sihat.

“Beliau diminta berehat beberapa hari atas nasihat perubatan, selepas hadir ke hospital tengah hari Rabu untuk melakukan beberapa ujian awal, namun tengah hari semalam beliau sudah kembali ke Istana Windsor dan berada dalam keadaan sihat,” kata kenyataan itu.

Agensi berita Press Association dilaporkan berkata, kedatangannya ke hospital tidak diumumkan demi melindungi privasi ratu berusia 95 tahun itu sambil menyatakan ratu bermalam di hospital atas sebab praktikal.

Beliau dirawat oleh pakar hospital swasta King Edward VII yang terletak di tengah London, pusat perubatan sama mendiang suaminya, Putera Philip menghabiskan masa empat minggu bagi mendapatkan rawatan jantung.

Ratu yang berada di takhta sejak 1952 dikatakan kembali bertugas tengah hari semalam dengan menjalankan tugas ringan.

Pihak istana menjelaskan Ratu Elizabeth enggan menerima nasihat yang memintanya berehat untuk beberapa hari.

Bagaimanapun nasihat itu tidak berkaitan dengan Covid-19 dan kini sedang berehat di Istana Windsor, barat London.

Minggu lalu, Ratu Elizabeth menyampaikan ucapan pada pembukaan Welsh Assembly di Cardiff dan hujung minggunya menghadiri sidang video bersama dua duta.

Berita berkaitan
Jasad Ratu Elizabeth tiba di Istana Buckingham di London
September 14, 2022· Dunia
Sultan Brunei paling lama memerintah selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II
September 10, 2022· Dunia
Bendera Pahang dikibar separuh tiang menghormati pemergian Ratu Elizabeth II
September 9, 2022· Isu semasa
Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia pada usia 96 tahun
September 9, 2022· Dunia
Popular
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok