Jakarta tangguh sesi pembelajaran bersemuka di 1,509 sekolah

September 29, 2021 · Dunia

Jakarta menangguhkan sesi pembelajaran bersemuka di sekurang-kurangnya 1,509 sekolah sepanjang minggu ini susulan penilaian protokol kesihatan berasaskan komputer oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan, dan Teknologi Republik Indonesia.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendidikan Jakarta, Taga Radja Gah berkata penangguhan itu susulan penilaian kesihatan yang dilakukan bermula 27 hingga 30 September.

“Ketika penilaian dilakukan, wakil pelajar juga akan dibawa ke makmal komputer. Oleh itu dikhuatiri jumlah pelajar di sekolah akan meningkat.

“Sehubungan itu, sesi pembelajaran bersemuka terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu sehingga 1 Oktober ini bagi pelaksanaan penilaian dilakukan,” katanya.

Katanya, walaupun penilaian itu dilakukan di sekolah tinggi, pihak pejabat pendidikan memutuskan penangguhan turut merangkumi pra-sekolah hingga sekolah pertengahan.

Sementara itu, Ketua Pejabat Pendidikan Jakarta, Nahdiana menjelaskan polisi pembelajaran bersemuka terpaksa ditangguhkan kerana terdapat kira-kira 899 sekolah yang belum melepasi tahap penilaian peringkat kebangsaan.

Katanya, penilaian itu bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan protokol kesihatan di sekolah susulan penularan wabak Covid-19 belum berakhir.

“Oleh itu kami melakukan persiapan, supaya mereka bersedia dan dianggap layak untuk hadir disekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran bersemuka,” katanya sambil menambah fasa dua sesi pembelajaran itu akan bermula 4 Oktober ini. – Agensi

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy
August 22, 2023· Politik
Dedahkan dokumen perjanjian maritim dengan Indonesia, kata PN Sabah
August 20, 2023· Isu semasa
Popular
Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul
September 1, 2021
Lee rombak Kabinet Singapura
June 6, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok