
Ivermectin banyak digunakan oleh negara-negara Afrika, kononnya mampu merawat pesakit Covid-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ivermectin hanya boleh digunakan untuk ujian klinikal, bukan sebagai vaksin pencegah virus Covid-19.
WHO dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu kini menjadi sebahagian daripada garis panduan WHO dalam menangani dan merawat Covid-19.
Untuk rekod, Ivermectin adalah agen antiparasit dengan spektrum meluas, termasuk dalam senarai ubat-ubatan penting menangani beberapa penyakit parasit, seperti rawatan kudis, onchocerciasis (kebutaan sungai), strongyloidiasis dan penyakit lain.
Kumpulan yang menyediakan garis panduan menangani Covid-19 membuat cadangan itu sebagai tindak balas berikutan ramai pihak di peringkat global yang memberi perhatian terhadap Ivermectin yang dikatakan mampu merawat Covid-19.
Kumpulan bebas ini dianggotai pakar antarabangsa merangkumi pakar penjagaan klinikal dalam pelbagai bidang. – WHO