Itali ke final EURO 2020

July 7, 2021 · Dunia

Itali yang menjadi pasukan pilihan EURO 2020 sekali lagi menunjukkan keunggulan melangkah ke final walaupun pada aksi sepenuh masa berdepan Sepanyol jam 3 pagi tadi waktu Malaysia, kesebelasan skuad Azzurri hanya mampu diikat 1-1.

Namun kegagalan tiga pemain skuad La Furia Roja (Red Fury) menjaringkan gol pada penentuan sepakan penalti, membuatkan Rom bergemuruh dengan sorakan penyokong Itali.

Selepas sepakan Alvaro Morata diselamatkan, pemain tengah Chelsea, Jorginho tidak mensia-siakan peluang merembat mencecah jaring Sepanyol sekali gus membawa Itali ke final untuk bertemu sama ada England atau Denmark di London, awal pagi Isnin ini waktu Malaysia.

Dua lagi sepakan oleh pemain Sepanyol – Olmo dan Moreno – tersasar, sebaliknya hanya seorang pemain Itali – Locatelli – yang gagal menjaringkan gol, sementara Belotti, Bonucci, dan Bernardeschi masing-masing melegakan peminat mereka menjadikan kedudukan akhir 4-2.

Terdahulu, Federico Chiesa mengambil peluang menjaringkan gol dengan sepakan melengkung pada minit ke 60 separuh masa kedua menerusi serangan balas pantas Itali yang mengkucar kacirkan pertahanan Sepanyol.

Namun, 10 minit sebelum wisil penamat ditiup, Morata bergandingan dengan Dani Olmo berhasil menyamakan kedudukan 1-1, namun dia sendiri gagal menjaringkan gol ketika penentuan sepakan penalti.

Laluan ke akhir

Berita berkaitan
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022· Politik
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022· Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022· Dunia
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok