Isu Palestin: Kali ketiga AS halang Majlis Keselamatan PBB

May 17, 2021 · Dunia

Buat kali ketiga sekutu kuat Zionis Israel – Amerika Syarikat (AS) – menggunakan kuasa veto menghalang mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan ganas rejim Tel Aviv itu, hari ini.

Mesyuarat tergempar UNSC hari ini membincangkan mengenai serangan dan tindakan kejam rejim pengganas Israel ke atas rakyat Palestin, terutama di Semenanjung Gaza yang masuk minggu kedua tanpa henti.

Mesyuarat itu bagaimanapun berakhir tanpa keputusan konkrit selepas AS menyekat kenyataan bersama menggesa Israel dan Palestin meletak senjata serta-merta.

AS yang menjadi penyokong kuat rejim Benjamin Netanyahu sebelum ini dua kali menghalang ketetapan UNSC yang mengutuk serangan rejim Israel dan mendesak gencatan senjata diadakan.

Hampir 200 penduduk Palestin, termasuk 58 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak Isnin lalu.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield memberitahu mesyuarat tergempar UNSC bahawa negara itu sedang bekerja dari sudut diplomasi bagi menghentikan pertempuran. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok