
Mejar Jeneral, Atthasit Sudsa-nguan, Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 6 mengumumkan penahanan kedua-dua wanita warga Thai tersebut.
Seorang isteri dan rakan wanitanya ditahan polis Thailand kerana didakwa merancang untuk membunuh suaminya warga Denmark dalam satu kemalangan jalanraya bagi mendapatkan wang insurans bernilai 10 juta baht.
Rancangan pembunuhan isteri warga Thai dengan rakan wanitanya itu gagal apabila suaminya terselamat tetapi masih cedera parah dalam kemalangan yang disengajakan itu.
Pratheep Larsen, 48, bersama Jaemchan Khamkaew, 60, ditahan polis selepas waran dikeluarkan Mahkamah Wilayah Nakhon Sawan terhadap mereka berdua kerana mengupah pihak ketiga untuk membunuh Pia Larsen, 63.
Mejar Jeneral, Atthasit Sudsa-nguan, Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 6 mengumumkan penahanan kedua-dua wanita warga Thai tersebut.
Ekkasit Wichacharn, 24, didakwa diupah oleh kedua-dua wanita Thailand tersebut untuk melanggar Larsen dengan keretanya dan sudah ditangkap pihak polis.
Nahas berlaku di jalan Tambon Bueng Platu yang terletak di daerah Banphot Phisai, Nakhon Sawan pada 21 April, kata Atthasit.
Polis tempatan menemui sebuah kereta Toyota menggunakan plat Lampang terjunam dalam sawah di tepi jalan dengan bahagian hadapannya rosak di tempat kejadian.
Sebuah basikal yang rosak teruk ditemui 10 meter dari kereta itu.
Siasatan polis mendapati terdapat kesan basikal yang ditunggang Larsen dibelakang kereta dipandu Ekkasit.
Walaupun pada mulanya ia kelihatan seperti kemalangan, penyiasat polis mengesan beberapa unsur yang mencurigakan dalam kes selepas meneliti bukti dan menjalankan lakonan semula dengan pemandu.
Pemeriksaan lanjut menyebabkan pihak berkuasa percaya nahas itu disengajakan.
Selepas disoal siasat, Ekkasit mengaku diupah oleh rakan isteri mangsa, Jaemchan untuk membunuh Larsen.
Lelaki Denmark itu cedera parah tetapi terselamat dalam kejadian kemalangan tersebut dan sedang dirawat di Hospital Sri Sawan.
Selepas plot itu didedahkan, penyiasat mengumpul bukti lanjut sebelum menyoal Jaemchan.
Isteri Larsen didapati menjadi dalang merancang kemalangan itu dan dituduh mengupah rakannya yang lebih tua, Jaemchan dengan bayaran 500,000 baht untuk mencari seorang pembunuh upahan supaya boleh menuntut bayaran insurans.
Lelaki Denmark itu isterinya, Pratheep sebelum ini menetap di Denmark dan mempunyai dua anak.
Mereka berdua kembali ke kampung halaman Pratheep di Nakhon Sawan dan pasangan itu membeli beberapa plot tanah bernilai 20 juta baht sebelum menetap di wilayah itu.
Hubungan pasangan suami isteri didakwa tegang baru-baru ini dengan isterinya, Pratheep dikatakan sudah meminta cerai dan mahu harta mereka dibahagikan sama rata.
Bagaimanapun permintaan isteri warga Denmark itu ditolak dan ia menyebabkan rasa tidak puas hati dan kemudiaanya merancang pembunuhan suaminya itu.
Rakan wanita Thailand itu, Jaemchan sebelum ini pernah dituduh terlibat membunuh secara kontrak tetapi pendakwaan digugurkan terhadapnya.
Ekkasit yang ditahan polis merupakan anak suara kepada Jaemchan dan dijanjikan akan diberi sebuah kereta baharu sekiranya berjaya melakukan pembunuhan itu.