Israel serang Gaza lagi

July 4, 2021 · Dunia

Rejim pengganas Israel sekali lagi melanggar perjanjian damai gencatan senjata apabila terus menyerang wilayah Palestin di Semenanjung Gaza semalam, dengan alasan membalas tindakan pihak tertentu melepaskan belon pembakar ke kawasan mereka.

Serangan udara sepanjang malam itu menyasarkan kedudukan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – pihak yang selama ini mentadbir Semenanjung Gaza.

Tentera rejim Zionis mendakwa serangan udara mereka mengenai tapak pelancar roket milik Hamas.

Menurut sumber keselamatan dan saksi di Gaza, pesawat rejim mengebom beberapa kemudahan di barat Bandar Gaza dan di utara semenanjung itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, tidak ada petunjuk bahawa Hamas bertanggungjawab melepaskan belon pembakar ke arah penempatan Israel, tetapi rejim Zionis itu tetap menganggap pergerakan itu bertanggungjawab atas apa sahaja tindakan penduduk Semenanjung Gaza.

Serangan terbaharu semalam dilakukan beberapa minggu selepas gencatan senjata dipersetujui susulan perang 11 hari ke atas Semenanjung Gaza pada 10 Mei lalu yang mengorbankan 260 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Serangan semalam juga merupakan kali keempat dilakukan oleh rejim Zionis Israel sejak gencatan senjata yang dianjurkan Mesir pada 21 Mei lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok