Israel sekali lagi serang Semenanjung Gaza

June 18, 2021 · Dunia

Rejim pengganas Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza malam tadi, kali kedua sejak gencatan senjata dipersetujui 21 Mei lalu bagi mengakhiri perang 11 hari.

Sumber Palestin berkata peluru berpandu rejim Zionis itu mengenai beberapa kedudukan kumpulan bersenjata di barat laut bandar Gaza dan utara wilayah diduduki secara haram, Beit Lahia.

Bangunan pentadbiran awam di timur Jabaliya turut menjadi sasaran selain kawasan ladang pertanian di selatan bandar Khan Younis. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Susulan serangan udara itu, jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang mentadbir Semenanjung Gaza, Fawzi Barhoum menyifatkan serangan ke atas kedudukan pejuang sebagai tindakan kerajaan baharu rejim Israel untuk menunjuk-nunjuk.

“Pejuang akan memerhati perkembangan dan mempertahankan rakyat Palestin serta tanah suci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al Aqsa TV milik Hamas melaporkan sebuah dron rejim Israel ditembak jatuh di barat bandar Gaza.

Media rejim Israel melaporkan serangan udara menyasarkan kedudukan Hamas sebagai tindak balas terhadap perbuatan aktivis di Semenanjung Gaza yang melepaskan belon pembakar ke arah Israel.

Pada Rabu, rejim Israel turut melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza . – Agensi

Berita berkaitan
PN kutuk tindakan keji rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin
April 8, 2023· Isu semasa
Rejim Zionis serang Al-Aqsa
April 5, 2023· Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Israel, Singapura tak pakai tali leher: Shahidan sindir MP kerajaan
December 20, 2022· Politik
Popular
Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul
September 1, 2021
Lee rombak Kabinet Singapura
June 6, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok