Israel, Palestin umum gencatan senjata

Rejim pengganas Israel hari ini bersetuju menerima gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang diusahakan oleh Mesir.

Selepas sebelas hari pertempuran kedua-dua pihak sehingga memakan korban lebih 200 orang dan mencederakan ribuan yang lain, rejim pengganas Israel hari ini bersetuju mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Kenyataan pejabat Perdana Menteri rejim Zionis Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Kabinet sebulat suara bersetuju menerima inisiatif Mesir untuk gencatan senjata tanpa syarat.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang mentadbir Semenanjung Gaza dan kumpulan Jihad Islam kemudian mengumumkan gencatan senjata bermula jam 2 pagi tadi (23:00 GMT Khamis).

Susulan itu, ribuan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta di kem pelarian di Lubnan, keluar di jalan-jalan raya awal pagi tadi untuk meraikan kemenangan selepas sebelas hari rejim Zionis terus mengebom mereka.

Masjid-masjid mula melaungkan azan dan takbir hari raya bagi merikan kemenangan kumpulan pejuang, setelah 11 hari Israel gagal memusnahkan Palestin.

Sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara besar-besaran rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 10 Mei lalu.

Di pihak Israel, 12 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan sekurang-kurangnya 75,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal susulan serangan berterusan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Ketegangan tercetus susulan tindakan ganas dan agresif askar serta polis rejim itu di wilayah diduduki secara haram di Baitulmaqdis Timur, di mana ratusan rakyat Palestin digempur oleh pasukan keselamatan dan pendatang haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa dan penempatan Sheikh Jarrah, pada 10 Mei lalu.

Ketegangan merebak dari Baitulmaqdis Timur ke Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin berikrar akan membalas serangan Israel sekiranya tidak dihentikan. – Agensi

POPULAR
Ribuan sertai solidariti untuk empat sekeluarga Muslim dibunuhJune 13, 2021
Briged Al-Qassam hujani Israel dengan roketMay 11, 2021
Presiden Perancis kena penamparJune 8, 2021
Sembilan maut, 8 cedera bangunan lima tingkat roboh hempap basJune 10, 2021