Israel, Palestin bergolak semula, pertumpahan darah semakin meningkat

Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua wanita Palestin pada Ahad (10 April) selepas seorang daripadanya cuba merempuh askar, manakala seorang lagi menikam seorang anggota tentera dalam kejadian berasingan di Tebing Barat, kata pegawai keselamatan Israel.

Dengan keganasan yang meningkat selepas rentetan serangan maut di Israel, seorang lelaki Palestin dibunuh oleh askar rejim Zionis ketika penduduk melakukan konfontasi terhadap askar rejim dengan membaling batu berhampiran Baitulmaqdis di Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera Zionis berkata askarnya menembak seorang warga Palestin yang melontar bom petrol ke arah kenderaan Israel.

Pertumpahan darah itu bertepatan dengan permulaan bulan Ramadan, apabila keganasan Israel-Palestin kali terakhir meletups pada Mei tahun lalu hingga mencetuskan kepada perang 11 hari antara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang menguasai Gaza dan Israel.

Di Baitulmaqdis, tiada senjata ditemui pada mayat seorang wanita Palestin yang ditembak dan terbunuh selepas dia tidak mengendahkan amaran anggota tentera supaya berhenti daripada cubaan merempuh mereka, sebelum ditembak, kata tentera rejim.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita Palestin bersenjatakan pisau ditembak mati selepas dia mencederakan anggota polis sempadan separa tentera di Hebron, di luar Masjid al-Ibrahimi, kata pegawai keselamatan Israel.

Tentera Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan serangan oleh tiga anggota pejuang Arab Israel dan dua rakyat Palestin dari Tebing Barat yang menyebabkan 14 warga Israel terbunuh sejak akhir Mac.

Lebih 20 rakyat Palestin, kebanyakannya pejuang bersenjata, dibunuh oleh tentera Zionis Israel sejak Januari, manakala rakyat Palestin melaporkan peningkatan keganasan oleh pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Hussein al-Sheikh, seorang pegawai kanan Palestin berkata perluasan penempatan Israel di tanah yang dikehendaki oleh rakyat Palestin untuk mendirikan sebuah negara dan lawatan orang kanan Israel ke perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kemarahan semakin memuncak. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR