Israel lancar serangan besar-besaran, rakyat Palestin tinggalkan rumah

May 14, 2021 · Dunia

Ratusan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza mula meninggalkan kediaman masing-masing susulan serangan bertali arus rejim Zionis Israel ke atas penempatan mereka.

Gelombang serangan Israel secara tiba-tiba dan besar-besaran dari pesawat, artileri dan kereta kebal yang tertumpu di utara Semenanjung Gaza jam 1 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) mengejutkan penduduk.

Media Timur tengah turut melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan bala tentera rejim Israel melakukan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza, khususnya terhadap pejuang Palestin.

Tentera Israel telah memasuki Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi berterusan menentang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kata tentera rejim itu, hari ini.

“Pesawat dan pasukan darat sedang melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera rejim, Jonathan Conricus.

Media tempatan di Gaza melaporkan lebih 100 serangan udara dan artileri dilakukan ke atas bahagian utara Semenanjung Gaza.

Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas pula membalas dengan tembakan lebih 50 peluru berpandu ke arah penempatan Israel di Ashkelon, Ashdod, Beersheba dan Sderot.

Pesawat tempur dan pasukan darat rejim Israel melakukan serangan besar-besaran ke atas penempatan Palestin di utara Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

Ibu bapa rakyat Palestin membawa anak-anak mereka mendapatkan perlindungan di kawasan selamat susulan serangan darat tentera rejim Zionis Israel di utara Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok