Israel halang rakyat Palestin solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

April 16, 2021 · Dunia

Rejim pengganas Israel hari ini menghalang rakyat Palestin yang tidak menerima sunitkan vaksin Covid-19 daripada bersolat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.

Pada awalnya rejim itu membenarkan ratusan rakyat Palestin dari wilayah yang diduduki di Tebing Barat untuk memasuki Baitulmaqdis bagi solat Jumaat pertama bulan Ramadan, menggunakan permit khas.

Bagaimanapun, pihak berkuasa rejim Israel kemudianya menetapkan hanya mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh beribadat di masjid itu, sedangkan vaksin tidak mencukupi.

Terdapat jumlah vaksin yang tidak mencukupi di Tebing Barat kerana program vaksinasi terhad kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik dan yang berusia lebih 60 tahun, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Kekacauan turut meletus di antara rakyat Palestin dan polis rejim Israel di pusat pemeriksaan Qalandia kerana ketiadaan vaksin.

“Kami dihalang memasuki Baitulmaqdis untuk solat di Masjidil Aqsa. Israel mengenakan syarat vaksin untuk menyekat kami memasuki masjid itu.

“Kami menuntut hak kami ke atas masjid itu dan kami menuntut campur tangan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa untuk mencegah tindakan kejam penjajah (Israel),” kata seorang penduduk Samya Abdel Aziz.

Sementara itu di Semenanjung Gaza, pihak berkuasa rejim Israel menghalang ratusan penduduk daripada menuju ke Masjid Al-Aqsa untuk solat Jumaat.

Sejak beberapa tahun lalu, hanya penduduk di wilayah diduduki di Tebing Barat dan bandar di wilayah Israel sahaja dibenarkan memasuki masjid berkenaan. – Agensi

Polis rejim Israel menyekat laluan masuk ke Masjid Al-Aqsa bagi menghalang umat Islam menunaikan solat Jumaat pertama bulan Ramadan, hari ini. – Gambar Anadolu

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok