Institusi Arab Saudi melabur dalam pengeluaran ‘teksi terbang’

April 8, 2021 · Dunia

Institut Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII-I) berpangkalan di Arab Saudi hari ini mengumumkan pembiayaan pengeluaran pesawat elektrik oleh sebuah syarikat Jerman, Lilium.

Ia adalah sebahagian daripada strategi FII-I untuk membangunkan kenderaan alternatif yang lestari alam sekitar, berbanding pesawat biasa yang menggunakan minyak, lapor agensi berita SPA.

Ketua Pegawai Eksekutif FII-I, Richard Attias berkata, Lilium adalah pesawat yang dapat berlepas dan mendarat secara menegak, sekali gus membolehkan penggunanya mengelak kesesakan lalu lintas di jalan raya.

“Berpotensi untuk mengurangkan pelepasan karbon, pesawat ini boleh bergerak dari bandar ke bandar dalam lingkungan 250 kilometer,” katanya.

https://youtube.com/watch?v=mjAJWrraTKs

Pesawat Lilium tujuh tempat duduk dan berkelajuan 175 batu sejam, akan menjadi model pertama dalam beberapa siri pengeluarannya.

“Pelaburan kami dalam Lilium adalah selari dengan misi FII-I iaitu menyokong initiatif dan projek yang memberi kesan positif kepada kehidupan,” katanya tanpa menjelaskan jumlah pekaburan itu.

Pesawat Lilium sudah menerima sijil CRI-A01 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah dan sedang berurusan untuk mendapatkan sijil daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Jumlah hasil kasar syarikat dijangka sekitar AS$830 juta, termasuk sekitar AS$380 juta dalam bentuk tunai yang disimpan dalam unit amanah dan AS$450 juta dari pelaburan PIPE.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok