Indonesia wajibkan pelancong asing guna aplikasi PeduliLindungi

September 16, 2021 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia mewajibkan pelancong antarabangsa yang merancang memasuki negara itu menggunakan aplikasi PeduliLindungi bagi memudahkan pengesanan pergerakan mereka.

Jurucakap Pasukan Khas menangani Covid-19 republik itu, Wiku Adisasmito berkata Pekeliling No.18 tahun 2021 mengenai protokol kesihatan untuk pelancong antarabangsa berubah secara dinamik untuk disesuaikan dengan perkembangan wabak Covid-19.

PeduliLindungi adalah aplikasi yang dikembangkan untuk membantu pemerintah dalam melakukan usaha untuk menghentikan penyebaran Covid-19. Aplikasi ini mengandalkan penyertaan masyarakat untuk saling memberikan data lokasi ketika melakukan perjalanan agar pengesanan riwayat kontak pesakit Covid-19 dapat dilakukan.

Pengguna aplikasi ini juga akan mendapatkan pemakluman jika berada di keramaian atau berada di zona merah.

Wiku berkata penggunaan aplikasi PeduliLindungi bertujuan mengoptimumkan langkah berlapis dengan pendekatan digital untuk menangani Covid-19, termasuk mengambil tindakan pencegahan bagi mengawal kemasukan varian baharu ke Indonesia.

“Sasarannya untuk melaksanakan pemantauan, kawalan dan mencegah jangkitan Covid-19,” jelasnya lagi.

Secara terperinci, terdapat tiga klausa dalam perubahan PeduliLindungi.

Pertama, pelancong antarabangsa wajib menggunakan aplikasi PeduliLindungi sebagai syarat untuk memasuki dan bergerak di seluruh wilayah di Indonesia.

Kedua, semua pengendali pengangkutan di pintu masuk pelancong antarabangsa perlu menggunakan aplikasi PeduliLindungi.

Ketiga adalah pemantauan kuarantin kesihatan ke atas kru kapal kargo dan kapal harus mematuhi peraturan khusus dan peraturan teknikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI), melalui pemantauan Pejabat Kesihatan Pelabuhan di setiap pintu masuk untuk perjalanan antarabangsa.

Ketika pandemik ini, hanya enam pintu masuk dibuka untuk kegunaan pelancong iaitu melalui udara, laut dan darat. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok