Indonesia wajib ujian PCR masuk Bali, wilayah PPKM Tahap 3 dan 4

October 21, 2021 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia menerapkan pemeriksaan ketat terhadap penumpang penerbangan dari Jawa ke Bali dengan mewajibkan mereka memiliki sijil vaksinasi serta menjalani ujian PCR 24 jam sebelum berlepas, berkuat kuasa serta-merta.

Syarat-syarat ini mesti dipenuhi untuk menaiki mana-mana syarikat penerbangan komersial, tatkala perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) terus dilaksanakan.

Kedua-dua syarat itu juga terpakai bagi semua pengangkutan awam atau kenderaan persendirian dari Jawa ke Bali atau wilayah yang diletakkan di bawah PPKM Tahap 4 dan 3.

Jurucakap pasukan petugas Covid-19 Wiku Adisasmito berkata pemeriksaan ketat dibuat susulan keputusan pemerintah membenarkan semua syarikat penerbangan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus penumpang.

“Ujian PCR adalah diwajibkan setelah penjarakan fisikal tidak lagi dikuatkuasakan. Ujian PCR mempunyai standard yang tinggi berbanding ujian antigen dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

“Untuk meminimumkan penularan virus, semua syarikat penerbangan diarah menyediakan tiga barisan tempat duduk untuk penumpang yang menunjukkan gejala sepanjang penerbangan, walaupun pada awalnya ujian adalah negatif,” katanya hari ini.

Secara umum, pengembara diwajib menggunakan aplikasi mudah alih PeduliLindungi untuk menggunakan semua sistem pengangkutan awam di Indonesia.

Bagaimanapun katanya, syarat itu dikecualikan kepada individu yang melakukan perjalanan rutin di kawasan berkaitan, termasuk pemandu kenderaan perdagangan dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, selain individu yang tidak mengambil suntikan vaksin disebabkan masalah kesihatan, tetapi perlu menunjukkan surat doktor. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok