Indonesia uji penerbangan guna minyak sawit

October 6, 2021 · Dunia

Indonesia hari ini melakukan penerbangan ujian, dengan percubaan pertama kali menggunakan bahan bakar jet yang dicampur dengan minyak sawit, kata Menteri Kanan Ekonomi republik itu, Airlangga Hartarto.

Pesawat itu terbang lebih 100 kilometer dari Jakarta ke Bandung.

Penerbangan itu dilakukan tatkala republik berkenaan merancang mengkomersialkan minyak sawit sebagai bahan bakar pesawat, dalam usaha kreatifnya bagi memperluaskan kegunaan minyak masak itu.

“Indonesia, sebagai pengeluar terbesar, tentu saja perlu melakukan inovasi penggunaan minyak sawit, termasuk dalam pengembangan biodiesel, bahan bakar jet dan juga melanjutkan program D100,” kata Airlangga pada sidang maya, merujuk pada diesel yang dibuat sepenuhnya daripada minyak sawit yang dikembangkan oleh syarikat minyak negara Pertamina.

Indonesia ketika ini memiliki program biodiesel wajib dengan kandungan minyak sawit 30 peratus yang dikenali sebagai B30.

Pemerintah Indonesia berusaha memperluas penggunaan minyak sayuran untuk tenaga dan mengurangkan import bahan bakar.

Bahan bakar jet yang digunakan selama penerbangan ujian itu hanya mengandungi 2.4 peratus kandungan sawit, tetapi dalam peraturan 2015, Indonesia telah mewajibkan jumlah itu dinaikkan kepada lima peratus.

Walaupun biodiesel menjanjikan pelepasan karbon yang jauh lebih rendah, pembukaan tanah yang dilakukan untuk menanam minyak sawit telah menimbulkan kebimbangan di kalangan aktivis alam sekitar mengenai penebangan hutan, dengan Kesatuan Eropah (EU) berusaha untuk melarang biodiesel yang mengandungi sawit.

Kementerian Tenaga Indonesia hari ini berkata pasaran minyak bio jet dengan andaian penggunaan harian 14,000 kiloliter, berpotensi menghasilkan 1.1 triliun rupiah setiap tahun.

Ketua Pengarah Pembangunan Kementerian Tenaga, Dadan Kusdiana berkata Indonesia memerlukan 120,000 kiloliter minyak sawit setahun.

“Lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengkomersialkan minyak sawit itu,” katanya. – Agensi

Indonesia sebelum ini mendesak Amerika Syarikat dan EU membenarkan syarikat penerbangannya membangunkan loji bahan bakar jet berasaskan minyak sawit sebagai syarat untuk membeli pesawat Boeing dan Airbus. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian jurulatih penerbangan berpunca cedera di tengkuk, dada
August 2, 2022· Isu semasa
PBM teliti kedudukan Yong selepas disabit hukuman kes rogol
July 27, 2022· Politik
Kedutaan Indonesia berpuas hati dengan keputusan kes rogol ADUN Tronoh
July 27, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rogol pembantu rumah libatkan ADUN Tronoh hari ini
July 27, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
12 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
15 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
19 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
19 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
19 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok