Indonesia titik panas baharu Covid-19 di Asia

July 15, 2021 · Dunia

Jangkitan harian di Indonesia semalam yang melepasi angka 54,000 – mengatasi jumlah kes harian di India – menjadikan negara republik itu sebagai titik panas baharu Covid-19 di Asia.

Pakar dan pegawai perubatan semakin bimbang berhubung tahap penularan varian Delta yang mudah merebak kini tersebar di seluruh kepulauan Jawa dan Bali, menyebabkan penutupan tempat-tempat ibadat, pusat beli-belah, taman awam dan restoran.

“Saya meramalkan wabak akan meningkat secara berterusan pada bulan Julai kerana kita belum dapat mencegah penyebaran jangkitan itu.

“Sekatan sosial kecemasan masih tidak mencukupi. Ianya harus dua kali lebih ketat kerana kita menghadapi varian Delta, yang dua kali lebih mudah menular,” kata pakar epidemiologi Universiti Indonesia, Dr Pandu Riono.

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia semalam melaporkan 54,517 kes baharu dan 991 kematian, menjadikan jumlah kes yang disahkan sejak wabak itu bermula melebihi 2.6 juta dan sementara kematian pula lebih 69,000 pesakit.

Sebulan yang lalu, kes harian yang dilaporkan hanya sekitar 8,000.

Kes harian yang dilaporkan di Indonesia sekarang ini lebih tinggi daripada di India, walaupun Indonesia melakukan ujian saringan yang jauh lebih rendah berbanding populasinya.

Semalam, India melaporkan kurang daripada 39,000 jangkitan baharu, jauh di bawah angka lebih 400,000 kes sehari yang pernah direkodkan pada Mei.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin mengatakan pemerintah telah mengenal pasti penyebaran varian Delta di beberapa wilayah di luar Jawa dan Bali.

Beliau juga memberitahu antara 90,000 hingga 120,000 katil hospital di seluruh Indonesia telah digunakan oleh pesakit Covid-19.

“Secara umumnya kita masih mempunyai beberapa ruang. Tetapi kadar penempatan katil hospital bermasalah di beberapa wilayah di mana lonjakan varian Delta tertumpu, ” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok