Indonesia terus catat rekod tertinggi harian, 21,342 kes positif

June 28, 2021 · Dunia

Indonesia mencatatkan rekod baharu jangkitan harian tertinggi apabila 21,342 kes dilaporkan hari ini 27 Jun 2021 dengan hospital di Jakarta – titik panas pandemik Covid-19di Asia Tenggara – dibanjiri pesakit.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di seluruh republik itu kepada 2,115,304 kes, kata Kementerian Kesihatan Republik Indonesia.

Dalam tempoh 24 jam lalu Jakarta merekodkan 9,394 kes baharu diikuti Jawa Barat (3,988), Jawa Tengah (2,288), Jawa Timur (889), dan Yogyakarta (830).

Bagaimanapun jumlah sebenar dipercayai jauh lebih tinggi kerana kadar ujian yang rendah terhadap mereka yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Jumlah kes Covid-19 di Indonesia meningkat mendadak dalam beberapa minggu terakhir setelah berjuta-juta penduduknya melakukan pergerakan menjelang sambutan Hari Raya Puasa, Mei lalu, ketika pihak berkuasa kesihatan negara itu mula mengesan penularan varian yang membimbangkan (VOC).

“Kami menjangkakan kes positif Covid-19 akan meningkat. Kemuncaknya diramalkan dua atau tiga minggu lagi,” kata jurucakap pasukan khas Covid-19, Siti Nadia Tarmizi.

Kebimbangan semakin meningkat terhadap sistem kesihatan Indonesia yang dilihat semakin rapuh dan mampu runtuh, selepas beberapa hospital mula menolak pesakit kategori rendah, kerana wad dan khemah sementara mulai penuh.

Hospital di ibu kota Jakarta, Jawa Barat dan Jawa Tengah dibanjiri pesakit, termasuk individu yang dijangkiti varian Delta – virus mudah merebak dan menjangkiti yang mula dikesan di India.

Pemerintah Indonesia, yang secara meluas dituduh gagal menangani pandemik itu kini mula mengambil langkah lebih tegas dengan mengehadkan pergerakan rakyatnya, tetapi enggan mengenakan sekatan penuh kerana bimbang menjejaskan ekonomi negara dan rakyatnya.

Kerajaan negara itu juga merancang memberi vaksin kepada 180 juta daripada 270 penduduknya menjelang awal tahun depan. Setakat ini kira-kira lima peratus daripada rakyatnya yang telah divaksin. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok