Indonesia sedia enam strategi hadapi gelombang ketiga Covid-19

October 16, 2021 · Dunia

Pemerintah Republik Indonesia menggariskan enam strategi bagi menangani gelombang ketiga Covid-19 yang dijangka hujung tahun ini, sekali gus mengekalkan situasi penurunan jumlah kes harian sekarang ini.

Negara itu melaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, 997 jangkitan baharu direkodkan, menjadikan keseluruhannya sejak pesakit pertama Covid-19 dikesan di negara itu pada 2 Mac tahun lalu, kepada 4,234,011 kes positif.

Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Johnny G Plate berkata usaha menurunkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di negara itu tidak boleh dihentikan.

Berdasarkan kepada pengalaman tahun lalu, jumlah pergerakan orang awam ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu meningkat, sekali gus mencetuskan peningkatan kadar jangkitan dan kematian.

“Kali ini pemerintah lebih bersedia menangani masalah itu dengan menggariskan enam strategi,” katanya pada sidang media hari ini.

Pertama katanya, pemerintah akan memastikan kelonggaran yang diberikan dengan kawalan ketat.

“Ingin diingatkan sekali lagi bahawa penurunan tahap perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) tidak bermaksud orang ramai boleh berasa senang dan bebas. Kita mesti kekal berjaga-jaga dan mengurangkan pergerakan,” katanya.

Johnny berkata strategi kedua ialah usaha memperhebatkan suntikan vaksin dalam kalangan warga tua, terutama di kawasan tumpuan pembangunan ekonomi, bertujuan mengurangkan jumlah kematian yang disebabkan gelombang ketiga.

“Ketiga, pemerintah Indonesia juga akan mempercepat inokulasi Covid-19 untuk kanak-kanak, sehingga imuniti kelompok dapat dicapai menjelang cuti Krismas dan Tahun Baru,” katanya.

Keempat, katanya seiring dengan pembukaan semula penerbangan antarabangsa, pemerintah Indonesia komited untuk mengenakan protokol kesihatan yang ketat terhadap pelancong global, terutama ke Bali. Ini berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali pada 14 Oktober 2021.

“Seterusnya, peranan pentadbir peringkat daerah akan dipertingkatkan khususnya dalam memantau kegiatan masyarakat selain mendidik mereka mengenai perincian langkah-langkah kesihatan wajib.

“Akhirnya, pemerintah Indonesia terus mempromosikan protokol kesihatan untuk meningkatkan disiplin rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok