Indonesia sahkan dua kematian akibat varian Omicron

January 23, 2022 · Dunia

Indonesia memaklumkan dua pesakit varian Omicron Covid-19 meninggal dunia semalam, kematian pertama sejak kes berkaitan varian itu mula dilaporkan di negara itu, lapor Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI).

“Satu kes melibatkan penularan tempatan yang meninggal dunia di Hospital Sari Asih Ciputat, manakala seorang lagi pengembara antarabangsa yang meninggal dunia di Hospital Sulianti Saroso,” kata jurucakap KKRI, Dr Siti Nadia Tarmizi.

Kedua-dua pesakit itu berusia 54 dan 64 tahun mempunyai komorbiditi, katanya dalam satu kenyataan.

Sejak 15 Disember tahun lalu sehingga semalam, Indonesia merekodkan sejumlah 1,161 kes varian Omicron.

Sementara itu, Indonesia merekodkan 3,205 kes baharu Covid-19, sementara 627 pesakit telah pulih dan lima lagi kematian.

Lonjakan kes baharu katanya, didorong oleh sebahagian besar daripada peningkatan dalam kes melibatkan varian Omicron.

Beberapa usaha telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Omicron, bermula daripada memperluaskan ujian, pengesanan dan rawatan, atau 3T, khususnya di Jawa dan Bali, katanya.

Kerajaan juga telah meningkatkan pengesanan nisbah dan memastikan pusat pengasingan disediakan dengan cukup, memperluaskan akses teleperubatan, dan menambah jumlah katil untuk pengendalian Covid-19 di hospital, tambahnya.

Dr Siti Nadia berkata kementerian itu juga baru-baru ini telah mengeluarkan peraturan baharu untuk mengendalikan kes Omicron.

Antara prosedur itu, termasuk pesakit yang mengalami gejala sederhana hingga teruk akan dirawat di hospital, manakala individu dengan gejala ringan atau tidak bergejala akan menjalani kuarantin berpusat. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok