Indonesia rekod lagi kes tertinggi harian dengan 54,517 jangkitan

July 16, 2021 · Dunia

Indonesia hari ini melaporkan 1,025 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 71,000.

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu 54,517 lagi jangkitan baharu – tertinggi setakat ini – dikesan menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara itu Mac tahun lalu kepada 2.78 juta kes.

Negara keempat di dunia paling padat dengan kira-kira 270 juta penduduk itu melaporkan peningkatan kes dari sehari ke sehari sejak kebelakangan ini, lebih teruk daripada di India, sekali gus menjadikannya sebagai pusat pandemik di Asia.

Pakar kesihatan dan epidemiologi memberi amaran sistem kesihatan di negara itu akan berdepan malapetaka, jika jangkitan Covid-19 terus melonjak.

Sesetengah daripada mereka bimbang keadaan bertambah buruk berdasarkan angka yang ditunjukkan di mana tidak ramai rakyat negara itu yang menjalani ujian saringan.

Satu kajian yang dijalankan dan diterbitkan beberapa hari lalu menunjukkan separuh daripada 10.6 juta penduduk Jakarta dijangkiti Covid-19.

Pakar mengatakan Indonesia kini ‘mendapat ganjaran’ kerana tidak melaksanakan sekatan yang lebih ketat sejak awal penularan varian Delta, namun Menteri Kesihatannya Budi Gunadi Sadikin mengakui pihak berkuasa tidak menyangka virus berkenaan merebak dengan begitu cepat dalam gelombang baharu ini.

Para pegawai juga bimbang hospital mungkin tidak dapat menampung jumlah peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan, terutama ketika varian Delta tersebar secara meluas di seluruh wilayah di negara itu.

Ketua Delegasi Persekutuan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Antarabangsa (Indonesia), Jan Gelfand berkata setiap hari varian Delta dilihat semakin menular dan sudah hampir untuk menjadikan Covid-19 sebagai malapetaka buat Indonesia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok