Indonesia rekod kes terendah, tapi pakar beri amaran ‘perangkap kitaran’

September 12, 2021 · Dunia

Sebanyak 3,779 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di seluruh Indonesia dalam tempoh 24 jam hari ini, jumlah paling rendah sejak 16 Mei lalu, menurut data dikeluarkan Pasukan Khas Covid-19 negara itu.

Pasukan itu juga melaporkan 188 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh itu, angka terendah direkodkan sejak pertengahan Jun.

Sehingga kini, negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu mencatatkan lebih empat juta kes Covid-19 dan lebih 138,000 kematian.

Namun, saintis negara itu menjangkakan gelombang kedua pandemik Covid-19 yang mencapai kemuncaknya pada 15 Julai 2021, bukan yang terakhir kerana virus itu terus bermutasi.

Pakar dari Perikatan Saintis Indonesia untuk Penyelesaian Pandemik mengatakan keadaan itu ibarat perangkap di mana kitaran akan berputar semula pada kadar jangkitan yang tinggi dengan kemunculan varian baru – pandemik yang lebih lama, krisis ekonomi dan pengurangan aktiviti awam.

Menurut laporan pasukan petugas Covid-19, daripada November 2020 hingga Januari 2021, Indonesia merekodkan peningkatan jangkitan harian daripada 24,932 kes kepada 89,052 kes.

Ketika gelombang kedua, mulai Mei hingga Julai 2021, berlaku lonjakan kes daripada 35,470 kepada 243,600.

Susulan itu kerajaan Indonesia melaksanakan perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM), memenuhi keperluan kemudahan kesihatan dan meningkatkan pemberian vaksin kepada rakyatnya, bagi mengekang penularan Covid-19.

Kesannya, pada 29 Ogos 2021 kes Covid-19 di peringkat nasional menurun sebanyak 86.9 peratus berbanding gelombang kedua.

“Kami belum berjaya mengawal wabak tersebut. Kita masih terperangkap dalam lingkarannya. Jumlah kes akan terus berubah-ubah jika dasar kerajaan masih tidak menentu, di mana program ini hanya menumpukan kepada menangani situasi semasa, bukan langkah-langkah jangkaan masa akan datang,” kata ahli epidemiologi Dr Pandu Riono dari Fakulti Kesihatan Umum Universiti Indonesia.

Menurutnya, Indonesia masih rentan kepada wabak tersebut kerana usaha menanganinya yang cenderung sporadis di mana apabila terdapat lonjakan kes, pemerintah segera mengenakan sekatan sosial.

Namun, ketika kelonggaran sekatan itu dilakukan, ironinya, pergerakan dan aktiviti masyarakat inilah yang mencetuskan peningkatan jumlah kes baharu, katanya.

Kehadiran varian baru yang lebih ganas, katanya, boleh menyebabkan lebih banyak kesukaran kepada Indonesia untuk keluar daripada krisis kesihatan masyarakat yang berlarutan.

Atas alasan ini, jalan keluar daripada pandemik harus dipertimbangkan dan direalisasikan untuk mengurangkan kematian dan morbiditi Covid-19 pada masa ini, dan mengeluarkan Indonesia daripada krisis pandemi dalam jangka panjang.

Awal bulan ini, pasukan kas Covid-19 Indonesia melaporkan daripada 5,790 kes yang disiasat, 2,323 disahkan dijangkiti Variant of Concern (VOC) – Alpha, Beta dan Delta. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok