Indonesia rekod kes kematian akibat Covid-19 melebihi 100 ribu

August 4, 2021 · Dunia

Indonesia hari ini mencapai titik menakutkan apabila angka kematian meletakkan negara itu bersama 11 negara lain di dunia yang merekodkan jumlah pesakit Covid-19 meninggal dunia melebihi 100,000 kes.

Setelah beberapa minggu merekodkan jumlah kematian harian melebihi angka 1,000, negara republik itu hari ini mencatatkan 1,747 kes, menjadikan keseluruhan kumulatif kepada 100,636 kematian sejak wabak itu melanda Mac tahun lalu.

Negara lain yang tersenarai merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 sejak awal tahun lalu ialah Amerika Syarikat; Brazil; India; Mexico; Peru; Russia; United Kingdom; Itali; Colombia; Perancis; dan Argentina.

Jumlah kematian di Indonesia itu sekali gus menunjukkan pusat virus Covid-19 menular telah berpindah dari Eropah dan Amerika Syarikat ke Asia Tenggara.

Dengan kes harian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam hari ini (4 Ogos 2021) mencecah 35,867 kes, jumlah pemberian vaksin Covid-19 di seluruh wilayahnya juga dilaporkan masih rendah, sementara tekanan terhadap sistem kesihatan di hospital pula meningkat.

Keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan sejak virus itu mula dikesan Mac tahun lalu meningkat kepada lebih 3.53 juta kes.

Pada masa sama 146,820 individu masih diletak dalam pengawasan kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, lapor Pasukan Petugas Khas Covid-19 Republik Indonesia.

Jurucakap pasukan itu Dr Siti Nadia Tarmizi memberitahu peningkatan kes harian itu disebabkan penularan yang semakin meluas varian Delta yang didapati mudah berjangkit, yang mula dikesan di Indonesia pada Jun lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok