Indonesia rekod kemuncak kes kematian pada Julai

July 30, 2021 · Dunia

Julai menjadi bulan malang buat Indonesia apabila varian Delta telah melonjakan lagi jangkitan ke tahap tertinggi bagi kes positif dan kematian di republik itu sejak Covid-19 mula melanda dunia pada Mac tahun lalu.

Jurucakap Pasukan Petugas Nasional Covid-19 Indonesia, Wiku Adisasmito memaklumkan, dalam tempoh 4 minggu Indonesia telah merekodkan 30,168 kematian berkaitan Covid-19 dan sepertiga daripada jumlah itu melibatkan kes pada bulan Julai.

“Sebelum ini, jumlah kematian tertinggi bulanan iaitu sebanyak 7,913 kes telah direkodkan pada bulan Jun dan ini menunjukkan angka semasa pada bulan ini lebih tinggi daripada bulan-bulan sebelumnya.”

Sejak 16 Julai lalu, lebih 1,000 kes kematian telah dilaporkan setiap hari dan Selasa lalu, sebanyak 2,069 kematian telah dicatat dan itu merupakan jumlah harian tertinggi yang direkodkan sejak Mac tahun lalu.

Walaupun Indonesia diletakkan di bawah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM) Tahap 4, namun semalam, kenaikan kes jangkitan dan kes kematian yang dilaporkan masih berada pada tahap tertinggi.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Indonesia merekodkan sebanyak 43,479 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan telah melebihi 3.3 juta berbanding 272 juta jumlah penduduk republik itu.

Kes kematian juga menunjukkan lonjakan yang agak tinggi semalam, di mana 1,893 kes dilaporkan, menjadikan kumulatif kematian sebanyak 90,552 kes.

Sejak 3 Julai lalu, Indonesia telah melaksanakan PPKM Tahap 4 susulan penularan varian Delta yang semakin mengganas di negara itu.

Minggu lalu, Presiden Joko “Jokowi” Widodo memutuskan menyambung semula penutupan itu selama seminggu lagi sehingga 2 Ogos kerana kenaikan kes jangkitan dan kematian yang terus melonjak.

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 25 peratus daripada ujian saringan yang dilakukan dan disahkan positif.

Terdapat lebih dari 540,000 kes yang masih aktif dan kebanyakkannya di Pulau Jawa – wilayah paling padat penduduk di Indonesia.

Sejak semalam, Indonesia melaporkan telah memberi suntikan vaksin kepada hampir 66 juta rakyatnya dan hanya sekitar 19.7 juta daripadanya yang telah mendapat vaksin sepenuhnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok