Indonesia rekod jangkitan harian tertinggi, 20,574 kes

June 24, 2021 · Dunia

Ketika gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan timur wilayah Maluku hari ini, Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 sebanyak 20,574 kes, tertinggi pernah direkodkan sejak kes pertama dikesan pada Mac tahun lalu.

Negara itu turut melaporkan 355 lagi kematian menjadikan keseluruhannya 55,949 kematian.

Semalam Indinesia melaporkan 15,308 individu dijangkiti Covid-19 sementara 303 kematian lagi dicatatkan.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 2,053,995, dengan 1,826,504 pesakit dilaporkan sembuh.

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia memperlihatkan peningkatan sejak beberapa minggu ini dengan kerajaan menyalahkan pergerakan orang ramai ketika cuti sambutan Hari Raya Puasa yang lalu, dan kewujudan varian Delta yang pertama kali ditemukan di India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu memberi amaran peningkatan drastik kadar penggunaan katil hospital di Indonesia menjadi perhatian utama dan memerlukan langkah kesihatan dan sosial masyarakat yang lebih ketat, termasuk sekatan sosial berskala besar.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menolak sekatan dan penutupan berskala besar kerana bimbang akan memberi kesan kepada ekonomi. Pejabat, restoran, pusat beli-belah dan tempat ibadat tetap dibuka.

Sementara itu, gempa itu berlaku jam 9.24 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa di 238 kilometer (km) di timur laut Maluku Barat Daya dan kedalaman 344 km di dasar laut tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Agensi

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Popular
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok